Kedekut?Saya mengaku saya seorang yang kedekut.Walau tidak dalam ketegori sangat kedekut,tapi siapa yang rapat dengan saya memang tahu saya seorang yang kedekut.Pernah seorang teman merungut,sepuluh sen dia macam sepuluh ringgit!Apa jawapan saya?Peduli apa aku.Sebab sepuluh sen inilah yang melengkapkan sepuluh ringgit!
Kenapa saya terlalu menghargai duit yang ada?Kerana saya pernah hidup susah.Saya tahu makna kesempitan hidup.Saya tahu makna tak ada.Dari itu saya tahu bagaimana menggunakannya bila saya ada.
Waktu saya bujang dahulu,saya pernah tinggal serumah dengan seorang gadis berbangsa Cina.Moke Wai Kheng namanya.Nama Inggerisnya Kelly Moke.Dia pernah kerja dengan MAS.Orangnya sangat cantik.Kurus dan tingggi lampai.Baik hati,sangat setia dalam persahabatan dan menghormati antara kami walaupun berlainan bangsa dan agama.
Dia adalah antara kawan yang pernah menegur sikap kedekut saya.Awalnya saya tidak sedar dia memerhatikan saya.Maklumlah ketika itu saya masih baru menghuni rumah tersebut.
Dia selalu melihat saya makan.Kalau dia ada di rumah dia akan perhatikan cara saya makan.
Antara yang ramai,saya yang paling berbeza pada pandangan matanya.Saya selalu masak dan jarang membeli makanan di luar berbanding dengan teman yang lain.
Apa yang saya masak?Saya tak akan lupa sehingga sekarang apa yang saya selalu masak waktu zaman bujang saya.Ikan bilis goreng,kangkong rebus atau bayam rebus atau kacang bendi rebus bersama sambal belacan.Kalau hendak berubahpun pada hari minggu.Istimewa sedikit. Sebenarnya kalau mengikut kemampuan saya,saya boleh makan yang lebih dari itu tetapi saya tidak boleh makan yang sedap kerana setiap kali saya terpandang makanan yang sedap saya akan teringat emak ayah serta adik-adik saya di kampung.Sebab itu saya tidak boleh makan yang sedap-sedap.
Kerana selalu perhatikan saya satu hari Kelly menegur.
Katanya kita hidup untuk makan.Waktu hidup kita mesti makan sedap-sedap.Tak perlu untuk sekat-sekat makan.Mungkin itu cara orang Cina.Mereka amat mementingkan makanan.
Kemudian saya jawab.Apapun yang kita makan, akan kita buang juga akhirnya.Bukankah itu juga membazir namanya.Yang penting perut,bukannya tekak.
Selepas itu dia tidak lagi memerhatikan saya makan.Walaupun terdengar juga dia dan kawan-kawan mengutuk saya di belakang,namun saya telah berjaya membuktikan sesuatu.Sesuatu yang sangat-sangat susah untuk teman lain mencontohinya.Waktu hujung bulan ketika masing-masing di landa kekeringan,saya masih banyak bekalan makanan.Saya ada beras,saya ada telur,saya ada mee segera,saya ada biskut.Pokoknya semuanya saya ada.Dan waktu ada sesetengah mereka mengikat perut,perut saya kekenyangan.Kau orang nak minta makanan aku?Aku ini bukankah kedekut.Jangan haraplah kau orang dapat simpati dari aku.
Sikap kedekut itu saya bawa hinggalah ke alam rumah tangga.Sayalah perancang ekonomi,saya lah yang mengatur segalanya.Nampak macam saya yang mengawal rumah tangga saya.Sebenarnya tidak.Suami saya masih ketua tetapi sebagai seorang ketua dia masih perlukan pembantu yang cerdik(kedekut) macam saya.Kerana sikap kedekut itu,kami dapat memiliki sedikit harta.Hiduppun sedikit selesa.
Sekarang dunia dilanda gawat lagi.Bukan kali ini,tetapi sudah banyak kali dunia di landa gawat.Masa-masa beginilah anda semua perlu mencontohi saya.Jadilah seorang yang sedikit kedekut.Rancanglah setiap sen anda.Tak apa kalau orang nampak kita macam tidak berada,sebab senang anda,anda tidak berkongsi dengan siapa.Tetapi satu pesan saya,sekalipun kedekut,jangan sesekali anda semua kedekut dengan ibu bapa.Percayalah cakap saya,kalau seratus anda hulurkan kepada kedua ibu bapa anda dengan rasa iklas,rezeki yang akan anda terima bakal berlipat kali ganda.
0 comments:
Post a Comment