Gambar kenangan ketika bercuti di Cameron Highlands.Kenangan terakhir saya bersama seorang insan yang saya sayangi.Ketika ini kami sangat gembira.Tidak terduga dia pergi meninggalkan saya buat selamanya.Namun dia tetap di hati saya untuk selamanya.
Kenangan bersama keluarga tersayang di Lost World Of Tambun.
Ini adalah salah satu gambar yang paling saya suka.Ada emak mertua saya,bapa mertua,suami tersayang,anak-anak saya,abang ipar,adik ipar serta dua biras saya.Keriangan sebahagian dari anak-anak buah saya menjadikan perkelahan hari itu sangat menggembirakan.
Sedang bersantai bersama bapa mertua,Tuan Haji Zanuddin,dua biras saya,anak serta anak-anak buah saya.
cinta kedua
Saya menerima perkhabaran yang menggembirakan pada petang hari Ahad.Sesungguhnya tidak terduga bahawa cinta kedua saya ini sedang di beri penilaian oleh pihak FP.Dan tidak lama kemudian sekali lagi saya menerima khabar yang lebih menggembirakan.Buah cinta saya sudah di terima. Sudah melimpah ruah kegembiraan saya.Dan untuk seseorang yang sering berbicara dengan saya,apa lagi yang mampu saya ucapkan selain dari ucapan terima kasih yang tidak terhingga.
Ketika saya menghasilkan cinta kedua saya ini,saya membayangkan jejaka ini sebagai Daniel.
Lelaki yang serba sempurna untuk menjadi suami kepada Anis.
Dengan lelaki inilah Anis menemui cinta sejatinya.Saya berharap perjalanan cinta Daniel dan Anis dapat di kongsi bersama dengan semua pambaca.
Ketika saya menghasilkan cinta kedua saya ini,saya membayangkan jejaka ini sebagai Daniel.
Lelaki yang serba sempurna untuk menjadi suami kepada Anis.
Dengan lelaki inilah Anis menemui cinta sejatinya.Saya berharap perjalanan cinta Daniel dan Anis dapat di kongsi bersama dengan semua pambaca.
cinta pertama
Cinta pertama adalah cinta yang terindah.Akan kekal selama di dasar hati.
Segala kepayahan untuk memilikinya memberi seribu makna.Mengajar akan makna kesabaran.
Untuk cinta 'telah ku serahkan hati'saya membayangkan jejaka ini sebagai Zahrin.Lelaki yang berusaha untuk memiliki cinta sejati dan percaya bahawa bahagia tetap milik dia seorang.Segala kepayahan di harungi sekalipun terpaksa mengorban kasih seorang ibu.