Hari ini Danish dan Darwisy tak datang.Uminya telefon,Kak Ain nak tolong jaga.Kata umi Danish dan Darwisy mungkin ibu(panggilan untuk saya)penat memandangkan semalam 15hb,saya ada buat sedikit kenduri arwah dan doa selamat sempena lahirnya LCBm.Alhhamdulillah...semuanya berjalan lancar seperti yang saya rancangkan.
Saya minta di belikan kek sempena ulang tahun ke 15,tapi kata Encik Z,nanti-nantilah.Makanan tengah banyak.Saya ingatkan saya paling kedekut,tapi rupanya...Tak apalah.Mungkin betul juga.
Tapi tak sangka,Umi Danish dan Darwisy datang bawakan kek.Kek coklat lagi...Alhamdulillah...
Rezeki.Nak ambil gambar kek dan majlis kenduri,sayangnya kamera pula habis bateri.Mulalah saya nak pelangkong siapa yang asyik bergambar akhir-akhir ini.
sebenarnya saya nak menulis tentang perkara lain.Tentang soalan yang di ajukan oleh salah seorang anak saya.
"Kenapa blog mak asyik-asyik gambar saja?"
Jawapan saya,
"Kalau mak tulis,kau orang nak baca ke?"
Diam.Tiada jawapan.Tapi seperti yang selalu saya katakan,berdiam diri juga adalah salah satu jawapan.
Kenapa saya suka pada gambar?
Saya suka melihat gambar.Saya suka melihat gambar pokok,pokok buah-buahan,pokok bunga,gambar permandangan,gambar pelakon kesukaan saya dan boleh di katakan saya suka melihat semua gambar.Dan salah satu kegemaran saya ialah mengambil gambar terutama sekali gambar kenang-kenangan.
Jadi tidak hairanlah kalau blog saya lebih banyak gambar dari tulisan.
0 comments:
Post a Comment