Waktu ini saya sangat penat.Saya baru pulang dari majlis kenduri kahwin di kawasan kediaman saya.Di sebabkan suami saya menyertai persatuan pinggan mangkuk penduduk,secara tidak langsung saya terlibat sama untuk membantu kerja-kerja di majlis tersebut.
Asalnya saya membantah keras penyertaan suami saya memandangkan anak2 saya masih kecil dan rasanya masih lambat lagi untuk kami mengadakan majlis kenduri kendara.Tetapi di sebabkan suami saya hendak hidup bermasyarakat, bantahan saya tidak di endahkan.
Pendangan suami saya sangat jauh.Bukan setakat dia fikirkan hidup bermasyarakat tetapi dia
mengajak saya menghayati erti hidup bermuafakat antara jiran.
Sebagaimana kata bidalan,bulat air kerana pembetung,bulat manusia kerana bermuafakat.
berat sama kita pikul,ringan sama kita jinjing.Tak salah mengorbankan sedikit masa untuk mengembalikan semula amalan masyarakat Melayu kita yang kebanyakkan dari kita fikir sudah tidak sesuai di masa sekarang.Sesungguhnya muafakat itu sangat besar ertinya.
Saya sedar sekarang ini,saya pernah silap kepada perkara yang saya anggap sangat remeh.
0 comments:
Post a Comment