saya sayang sangat...
Daniel
Harris
Saya sayang sangat dengan mereka berdua. Daniel hero saya yang pertama. Harris hero saya kedua. Akhirnya mereka benar-benar buat saya gembira. Alhamdulilah. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada esmua yang pernah mengenali hero-hero saya. Tanpa anda semua siapalah mereka. Terima kasih juga kepada mereka yang sentiasa menyokong saya dan sentiasa bersama saya. Saya akan terus bercinta dan bercinta untuk masa akan datang. harap cinta saya yang lain bakal diterima juga.
Alhamdulilah.....
Mungkin kerana sikap saya yang ingin mencuba sesuatu yang baru, dan sanggup berhadapan dengan risiko, saya berjaya menulis 'Kerana Siti Munirah'. Walaupun agak susah dan idea sangat terbatas, ini kerana novel untuk bacaan anak-anak 15 tahun ke bawah perlu diolah dengan berhati-hati demi pengaruh anak2 seusia ini. Alhamdulilah, kerana jalan saya dipermudahkan. Maka 'Kerana Siti Munirah' berjaya juga ditatap sebagai bahan bacaan.
Terima kasih kepada semua yang sudi membaca 'Kerana Siti Munirah' dan terima kasih juga kepada mereka yang telah menyokong saya selama ini.
Datang Dengan Indah
Saya terima naskah novel ni pada hari rabu. Lebih kurang 11.30 pagi. Kalau tak disebabkan sakit mata, saya boleh habiskan novel ni dalam masa sehari, tetapi disebbakan sakit, saya mengambil masa 2 hari untuk menghabiskan. Saya ucapkan tahniah di atas kelahiran Datang Dengan Indah.
Seperti perkataan Indah yang tertulis dengan besar, covernya juga saya rasa sangat indah. Saya mengambil masa agak lama untuk menghayati keindahan tersebut. Dan ternyata ianya betul-betul indah. Tahniah Sarnia. Semoga terus berkarya dan akan lebih romantis di masa akan datang.
saja nak cuba
Beautiful day
misteri dalam serius.
Saya belum lagi mencuba untuk mengenali perwatakkan ini, misteri dalam serius. Tetapi bila berbual dengan sahabat baik saya, kami mula mengenali watak ini. Seorang lelaki yang serius, susah nak senyum, tak boleh nak baca emosi dia dan juga tak tahu apa yang ada di dalam fikiran dia. Kedengaran sesuatu yang sangat menarik dan terus membuatkan saya begitu tidak sabar lagi untuk memiliki seorang lagi kekasih seperti itu. Jadi saya putuskan untuk meneruskan percintaan ini,
Park Yong Ha
Semalam saya dikejutkan dengan berita kematian pelakon dan penyanyi dari Korea ini. Sebagai salah seorang peminat pelakon dan penyanyi tersebut, saya tumpang sedih jugaklah. Apatah lagi cara kematiannya yang amat tragis. Tapi bagi masyarakat di sana, kes bunuh diri tu dah tak hairan sangat sebab sebelum ini ramai juga kalangan warga hiburan mereka mati dengan cara membunuh diri.
Okeylah, tak kisahlah, itu hal mereka. Apa yang nak saya tulis sebenarnya ialah, sebuah lagu Park Yong Ha yang menjadi tema untuk drama yang bertajuk All In adalah sebuah lagu yang sering menemani saya ketika saya mengarang. Lagu tu benar-benar membuatkan suasana menjadi romantis. Jadi adalah jugak sumbangan dia pada saya.