Saya untukkan juga masa, sekalipun agak payah kerana buat saya majlis ini begitu bermakna. Memiliki nilai kenangan yang tersendiri. Lebih-lebih lagi, novel Dengan Sepenuh Hati, sebahagian kisahnya berkisar alam persekolahan yang tidak lari dari kenakalan serta pengaruh persekolahan.
Namun yang menduka citakan saya ialah kehadiran bekas pelajar dan guru diluar sangkaan saya. Boleh dikira dengan jari. Wahai bekas-bekas pelajar Sek Men. Kebangsaan Trolak, siapapun anda hari ini, anda juga bermula dari sini. Jadi, apalah salahnya anda meluangkan sedikit masa untuk perjumpaan yang julung-julung diadakan. Kita sudah tinggalkan alam persekolahan hampir 21 tahun, rasanya tidak rugi untuk anda menyokong usaha murni ini.
Jookaplee, Rosda, Rabina, Lafi Natrah, Amir Hamdan, Azman Hamzah, Rahayu Yusof, ketiga-tiga Hamiza, Rozima, Uji, Zanarita, Shamsuddin, Jaafar(Apai), Azizah Hasyim (sekadar menulis beberapa nama) di manakah anda semua ketika ini? Tidak rindukah zaman persekolahan kita yang penuh dengan keceriaan. Apapun saya doakan anda semua berada dalam lingkungan kebahagiaan yang berpanjangan.
semua yang duduk adalah pelajar paling awal,(1983-1987)
Sebahagian bekas-bekas pelajar yang seangkatan dengan saya. Khabarnya ada yang bakal menerima menantu tidak lama lagi. Aduhai, sudah berusia rupanya kita.
Dia memberi sumbangan yang sangat besar buat saya.
laluan utama, yang ada dalam novel, Dengan Sepenuh Hati.
SELAMAT HARI RAYA
Salam aidil fitri buat semua.
Tahun ini saya menyambut hari raya dengan ala kadar saja. Tak ada yang luar biasanya berbanding tahun-tahun lepas. Hanya yang berbezanya tahun ini saya mempunyai ramai teman-teman baru. Rakan-rakan dari kalangan penulis dan juga pembaca-pembaca novel saya. Mengenali rakan-rakan baru membuatkan hidup saya bertambah gembira.
Sempena hari raya, saya ingin mengucapkan selamat hari raya buat semua yang mengenali saya. Sekiranya sepanjang kita mengenali antara satu sama lain, ada bahasa saya yang mengguris perasaan, saya mohon ampun dan maaf.

tag dari Umaira
Lama tak kena tag. Tiba-tiba terima dari Umaira. Apapun terima kasih sebab masih sudi senaraikan nama akak.
Soalan-soalannya adalah seperti berikut,
1- Anda rasa anda hot?
Setakat ni belum lagi.
2-Unload gambar kesukaan/kesayangan anda.
3- kenapa anda suka/sayang gambar ini?
Saya suka gambar ini kerana saya sayangkan semua mereka yang ada di dalam gambar. Mereka yang memberi saya makna akan erti hidup berkeluarga.
4-Bila kali terakhir anda tidak puasa?
Hari saya terlihat ada cover Dengan Sepenuh Hati, pada blog FP.
5- Apayang anda buat sambil selesaikan tag ini?
Kemaskinikan 'Cinta 3 bulan 3 hari'.
6-Selain nama anda sendiri, anda suka dipanggil nama apa?
Qaseh Qaisara.
7-Tag lagi 7 orang tanpa rasa kekesalan.
Yang ini maaf ya. Rasanya masing-masing sibuk.

terima kasih Encik Z
Suami saya selalu berpesan kepada saya, kalau nak buat kerja menulis, jangan buat pada komputer yang bersambung dengan internet. Takut nanti kena serang virus. Tapi saya buat pekak. Langsung tak dengar nasihat. Saya sedar saya memang begitu. Bodoh tak boleh diajar. Bila semua fail saya hilang, baru saya sedar, sesekali kena juga dengar nasihat suami.
Selepas kes fail saya hilang, beberapa hari juga saya ditimpa perasaan. Bak orang kata nak menangis dah tak boleh. Bayangkan sebuah manuskrip yang sudah siap diolah, bersama beberapa lagi yang masih dalam proses untuk disiapkan hilang begitu saja. Rasa kecewa tahap gila. Mujur tak sempat gila.
Namun, semua terubat bila dua hari lepas, suami saya beritahu saya semua fail saya sudah diselamatkan. Bagaimana semua fail itu diselamatkan, saya sendiri tidak tahu. Itu kerja suami saya.
Selama ini, suami saya tak pernah ambil tahu kerja saya sebagai penulis. Apa yang saya tulis, bagaimana saya menulis, langsung dia tidak tahu. Kadang-kadang juga bila ilham saya mencurah, saya abaikan segalanya termasuk urusan rumah tangga. Namun tak pernah pula dia melenting marah. Paling tidakpun dia merungut kerana rumah macam tongkang pecah. Bila saya ketandusan ilham, dia sedia membawa saya ke tempat-tempat yang saya suka sekalipun tempat-tempat yang selalu benar kami kunjungi. Saya sedar begitulah cara dia menyokong kerjaya saya sebagai seorang penulis selama ini. Sumbangan beliau dalam saya meneruskan kerjaya sangat besar. Untuk itu Untuk Encik Z, terima kasih.

Jangan terkejut.
Jangan terkejut. Tiba-tiba saja dalam blog Qaseh Qaisara ada makan-makan. Jarang dia post benda makan. Sebab dia sendiri tak tahu masak. Tapi disebabkan mee wantan tu resepi istimewa dari sahabat baiknya, dia post jugak gambar tu. Kuih buah melaka tu bukan dia yang buat, tapi suami dia, Encik Z. Kuih yang dia panggil putik durian itupun anak dia yang buat.
Buat kawan baik saya yang hanya saya kenal di alam maya Suhaidah Tan, terima kasih untuk resepi mee wantan. Akak rasa sedap tapi mungkin kalau Cinta buat lagi sedap. Nak hantar jauh sangat kat Sabah, jadi tengok ajelah....
kawan lama
Hari ini saya berjaya menjejaki seorang bekas teman lama saya sewaktu dibangku sekolah dahulu. Hampir 20 tahun lebih kami tak bertemu. Keinginan saya untuk mencari teman-teman lama timbul sebaik sahaja saya memulakan manuskrip awal remaja saya. Saya buka semula album gambar yang menyimpan gambar-gambar diwaktu zaman persekolahan. Konon-kononnya untuk mewujudkan mood menulis. Tetapi kebanyakkan teman-teman sekolah saya susah untuk dihubungi memandangkan sudah terlalu lama zaman persekolahan kami tinggalkan. Masing-masing sudah punya kehidupan sendiri.
Pagi tadi, entah kenapa rajin pula jari saya menaip nama-nama bekas teman-teman saya di laman Google. Dan akhirnya saya terjumpa dengan satu nama. Saya kenal benar dengan nama tersebut lalu saya kirimkan e-mail saya. Berjaya dihantar dan saya menunggu balasannya.
Akhirnya tengahari tadi saya menerima balasan e-mail dari dia. Terkejut, kerana dia masih mengingati saya. Dari apa yang saya lihat, sekarang ini dia sudah menjadi seorang usahawan yang sangat berjaya. Tahniah saya ucapkan.

CINTA 3 BULAN 3 HARI
Saya kehilangan 'Cinta 3 bulan 3 hari' dihadapan mata. Sebuah kehidupan yang saya olah bersama kasih sayang dan kesungguhan akhirnya tak kesampaian. Tertanya-tanya juga, saya sudah terlalu lupa dirikah? Tidak! Sesekali tidak! Tetapi kesilapan yang telah saya lakukan, mengingatkan saya kepada kata-kata yang saya hampir terlupa kebelakangan ini. BIAR TAK PANDAI, JANGAN MEMANDAI!