yang saya belai selalu
Pokok serai yang tak reti-retinya nak beranak. Banyak itu je dari dulu.
Pokok bunga ros yang saya beli masa pergike Cameron pertengahan bulan 6 hari tu. Pokok inipun berjenis jugak. Suka-suka hati je tak nak berbunga.
cari jodoh
Apa salahku,
Apa salah ibuku,
Hidupku dirundung pilu.
tak ada yang mau dan
menginginkan aku,
tuk jadi pengobat pilu,
tuk jadi penawar rindu,
tuk jadi kekasih hatiku...
timur ke barat,
selatan ke utara,
tak juga aku berjumpa,
dari musim durian
hingga musim rambutan,
tak kunjung aku dapatkan,
tak juga aku temukan,
oh Tuhan inikah cobaan?
ibu-ibu bapak-bapak,
siapa yang punya anak,
bilang aku,
aku yang tengah malu,
sama teman-temanku,
kerna cuma diriku yang tak laku laku.
pengumuman pengumuman,
siapa yang mahu bantu,
tolong aku,
kasihani aku,
tolong carikan diriku kekasih hatiku,
siapa yang mau....
Terperanjat beruk saya bila, Wawa yang baru darjah dua menyanyikan lagu ini untuk saya. Sedangkan saya tak pernah langsung dengar lagu ni.
tak tahulah...
Saya masih digoda. Rasanya setiap hari.
"Bolehlah mak. Kawan-kawan adik semuanya dah beli tiket." Begitulah bunyi-bunyi godaan yang selalu saya dengar.
Sebenarnya saya marah. Sangat marah. Tak tahu untuk salahkan siapa dalam hal ini. Kenapa budak bawah umur dibenarkan untuk menyaksikan pertunjukkan pentas? Negatifnya lebih tinggi dari positif. 14 tahun sudah dibenarkan untuk menyertai acara sebegitu? Saya tak tahulah apa akan jadi dengan anak2 kita kelak kalau benda macam inipun kita tak boleh nak tegah.

nak rehat sakan
Saya ingat lepas ni saya nak rehat sakan. Semuanya dah siap. Tetapi setiap kali saya bukak pc, tangan saya terus tak diam. Ada saja MSS yang nak saya olah. Ramai yang cakap sikap saya ni adalah pengaruh disiplin diri, tapi saya rasa saya bukan orang begitu, kerana saya tahu saya ni jenis yang suka ikut kata hati.
DOWN WITH LOVE
Disebabkan saya minat giler kat Jerry Yan, rasa tak sabar nak tengok drama ni. Cari kat youtube masih tak ada. Kat Mysojo pulak coming soon. Petang tadi waktu temankan Darwisy tengok tv, tertengok 8tv. Rupanya drama ini bakal disiarkan kat sana. Tapi pukul 6.30 petang hingga 8 malam hari sabtu. Jawabnya kena bergaduh dengan Wawalah. Diakan peminat Shincan dan jugak Doraemon. Payah kalau macam ni
cerita kawan lama saya
Peristiwa ini berlaku kira-kira 10 tahun yang lampau. Dan semalam(kenapa saya masih gemar menggunakan DAN untuk permulaan ayat saya? Penyakit agaknya) teman yang empunya peristiwa menghubungi saya. Panjang ceritanya. Sejak tahun-tahun kebelakangan ini, dalam setahun hanya 2 atau 3 kali saja dia menghubungi saya dan saya jarang sekali menghubunginya. Biasalah alasan saya, saya sibuk tahap gila.
Katanya semalam adalah hari ulang tahun ke 10 dia bergelar janda. Susah saya gambarkan perasaan saya ketika mendengar cakap-cakapnya begitu. Tumpang gembira atau tumpang berduka saya sendiri tidak pasti.
Dia berpisah dengan suaminya setelah lima tahun berumah tangga dan tidak dikurniakan anak menjadi alasan kenapa mertuanya memaksa suaminya berkahwin lain. Dia pasrah. Jodoh dengan suaminya kebetulan sekampung dengan kawan saya itu, sudah berakhir. Dia memilih untuk membawa haluan sendiri kerana tidak rela berkongsi kasih.
Setelah berpisah dia mengambil seorang anak angkat perempuan. Katanya dulu kawan untuk dia melawan kesepian.
Setelah 10 tahun berlalu, bekas suaminya sudah mempunyai 3 orang cahaya mata, namun cerita yang disampaikan kepada saya semalam sangat memeranjatkan saya. katanya bekas suaminya sudah berpisah. Dan anak-anaknya telah diserahkan kepada bekas mertua kawan saya itu.
Alasan mereka berpisah ialah, si isteri tidak tahan sikap anak manja si suami yang terlalu mengikut telunjuk emak. Semuanya hendak dirujuk kepada emak terlebih dahulu.
Begitulah yang kawan saya rasa selama 5 tahun menjadi isteri kepada lelaki tersebut. Yang membuatkan saya tepuk tangan ialah, sekarang ini bekas emak mertua kawan saya itu terpaksa memikul beban menjaga ke tiga-tiga cucu yang masih kecil kerana sikap lepas tangan anak dan menantunya. Padan muka!
Kata kawan saya itu, bekas mertuanya menyesal tak sudah dengan apa yang berlaku.
Selepas saya dan kawan saya berbual panjang, sayapun terfikir. Sesungguh setiap kejadian itu sebenarnya ada hikmah yang tersembunyi. Cuma kita ini, jarang-jarang hendak menilai setiap kejadian itu dari sudut kebaikkan.

Super Junior datang Malaysia?
Super Junior datang Malaysia? Wah, padanlah sejak kebelakangan ni ada yang merengek nak pinjam duit dengan saya. Sanggup potong duit belanja. Nak tengok persembahan punya pasal. Saya tahu dua orang anak dara saya tu memang gila habis kat kumpulan Super junior. Tapi apa boleh buat, mereka terlalu muda. Baru 14 dan 15 tahun. Tak ada istilah lampu hijau dalam bab-bab begini.
Untuk menjawab segala jenis godaan, pujukan dan juga rengekan, saya hanya menggunakan ayat kegemaran saya,
"You can try, but the answer is 'NO'"
Akan datang- Dwilogi cinta Berteman Rindu
Sejauh manapun mereka membawa diri, Najla dan Amal tidak mudah melupakan segala yang pernah menjadi milik mereka. Bukan mudah juga untuk mereka merelakan perpisahan. Bukan juga mudah melupakan kepergian.
Amal tahu dirinya hanya gagak di rimba dan Hakim umpama merak kayangan. Sudah ditakdirkan Hakim itu tidak untuknya. Namun bukan salahnya apabila kasih setia tercipta untuk lelaki itu. Najla sedar cintanya kepada Anas Salihin tidak pernah pudar walau jarak dan waktu memisahkan mereka. Namun, Najla tidak sanggup untuk terus berharap apabila terbukti cinta itu tidak berpihak untuknya.
Apakah benar Amal dan Hakim tidak berhak untuk bersama hanya kerana dunia mereka berbeza? Dan selama mana pula Najla dan Anas Salihin terdaya menyembunyikan rahsia hati? Selama mana mereka rela berteman rindu sedang di hati ada cinta menemani.
kalau...
Baru masuk hari ke 4, Wawa dah buat perangai. Dah mula angin malas nak ke sekolah. Malam tadi, dia datang dekat saya. Kononnya nak berbicara hati ke hati. Terkejut juga mendengar permintaannya.
"Mak,mak, kalau kita ada doraemon kan best! Doraemon boleh menyamar jadi Wawa, tak payahlah Wawa pergi sekolah. Boleh buat kerja sekolah Wawa." Itu kata Zarith Erisha kepada saya.
Amboi, tingginya imaginasi.
"Habis Wawa nak jadi bodoh macam Nobita? Selalu dapat markah kosong?" jawab saya.
Zarith Erisha diam. Tak terjawab. Mungkin takut akan jadi seperti Nobita.
Saya cakap lagi, tak payahlah mintak ada doraemon, sebabnya sehebat manapun doraemon, Nobita tetap juga tak pandai!
ubah suai
Semalam Encik Z cuti sempena tahun baru. Lepas dia balik dari solat Jumaat, saya ajak mengemaskinikan blog saya. Mulanya dia dah tolong pada malam tahun baru tu, tapi saya tak berapa berkenan. Kali ni kami buat betul-betul. Jadi hasilnya puas jugaklah hati. Lebih-lebih lagi bila gambar kekasih-kekasih sayapun tertempek sama.
Kata Encik Z, jangan gatal lagi nak tukar-tukar. Kalau nak tukarpun tunggu tahun depan. Mak ai, tahun depan? Iye ke tahun depan? Apapun kita tengoklah selama mana rumah baru saya ni boleh bertahan.
Kata Encik Z, jangan gatal lagi nak tukar-tukar. Kalau nak tukarpun tunggu tahun depan. Mak ai, tahun depan? Iye ke tahun depan? Apapun kita tengoklah selama mana rumah baru saya ni boleh bertahan.