mimpi malam tadi.
terkena tengahari buta!
Tengahari tadi lebih kurang 1.45 minit. Telefon rumah saya berdering. Kebetulan Wawa yang angkat, kemudian dia memanggil saya. Tentu saja panggilan untuk saya. Si pemanggil memberi salam dengan cakap Kedah. Automatik fikiran saya teringatkan Kak Nah, kawan dari Kedah yang saya temui ketika menjaga arwah emak saya di hospital besar Ipoh. Kak Nah pula menjaga kakaknya.
Cakap-cakap punya cakap, lebih kurang 10 minit, sayapun bertanya.
"Kak Nah dah dapat cucu ke belum?" Saya bertanya sebabnya tahun lepas dia ada buat majlis kahwin anak.
Kemudian si pemanggilpun menjawab,
"Tengkorak Kak Sri, anak Tini baru umur 6 tahun!"
"La, ni Tini ka?"
"Ha la, ingat sapa? Beriya panggil Tini kak tu pasai apa?"
Kantoi! salah orang.
Jadi, lain kali, tanya dulu siapa lawan anda bercakap tu. Jangan main terjah je...
Cakap-cakap punya cakap, lebih kurang 10 minit, sayapun bertanya.
"Kak Nah dah dapat cucu ke belum?" Saya bertanya sebabnya tahun lepas dia ada buat majlis kahwin anak.
Kemudian si pemanggilpun menjawab,
"Tengkorak Kak Sri, anak Tini baru umur 6 tahun!"
"La, ni Tini ka?"
"Ha la, ingat sapa? Beriya panggil Tini kak tu pasai apa?"
Kantoi! salah orang.
Jadi, lain kali, tanya dulu siapa lawan anda bercakap tu. Jangan main terjah je...
jangan ada perkataan PAKSA...
dah tak mampu nak tulis...
Dah hampir 2 jam saya mengadap skrin komputer, tapi satu perkataanpun tak mampu nak tulis, sedang janji saya dengan seseorang bukan main lagi. Aduh, saya tidak mahu orang hilang kepercayaan dengan saya. Jadi untuk melegakan hati dan perasaan saya tengok ajelah pak we paling handsome ni. Kut-kut adalah terjumpa sedikit ilham. Bak kata kawan baik saya, suka hati awaklah, blog awak, suka hatilah nak tempek gambar sesiapa. Untuk kawan saya itupun saya ucapkan selamat maju jaya!
Dating on earth
kenangan PBAKL 2010
Terima kasih IS...
Rasa terharu sangat-sangat, sehingga menitis air mata ketika menatap pemberian daripada seorang teman dari jauh. Kami tidak pernah bersua muka, tetapi saya rasa sangat rapat dengannya sehingga saya seringkali meluah rasa dengannya dan dia tidak jemu-jemu memberi kata semangat buat saya. Kali pertama dia mengenali saya melalui Daniel, kemudian Harris, Zahrin, dan sekarang Hakim. Walau ada orang menuduh karya saya tidak matang, dia tetap menerima hasil karya saya dengan baik. Dan semangat saya kian berkobar-kobar kerana sokongan kawan seperti dia. Saya akan terus menulis untuk kawan-kawan seperti dia yang saya kenal sebagai IS. Juga tak lupa kepada kawan-kawan lain seperti AS, CINTA, GEE, SHERIE, juga kepada mereka yang sentiasa menyokong saya selama ini.
Buat IS, terima kasih kerana menghadiahkan akak sesuatu yang mengharukan akak. Terima kasih banyak-banyak.
Pesta Buku Antarabangsa 2010
20 Mac - Ainon Zaini, Antasya Balqis, Zara Aluwi, Dinaz Salsabila, Qaseh Qaisara, Sarnia Yahya
21 Mac - Hanny Esandra, Eizda Amani, Ebriza Aminnudin, Bikash Nur Idris, Salleh Shihabuddin, Aryn Arianis, Nur Haliza
27 Mac - Eny Ryhanna, Adah Hamidah, Hatta Nuharis, Eisya Aqila
28 Mac - Teja Irzara, Ellis Gee
Dewan Tun Razak 3, PWTC
Booth FP: C15A , C13, C14, C15, C15B
Jumpa di sana!