salah tak tahu kasih bermula...
Zahim
Dia terperangkap dalam kenangan, ketika sama-sama bermain layang-layang, ketika sama-sama melihat awan biru berarak pergi dan ketika tiada sebarang pesan ditinggalkan waktu mula melangkah. Yang tertinggal hanyalah serpihan rindu yang diajak pulang untuk menemaninya sepanjang dia mengingati waktu-waktu itu.
Raya di Telok Bakong
Saya masih belum menulis tentang raya tahun ni walaupun musim raya dah habis. Bukan tidak berminat tetapi perasaan saya tak berapa aman membuatkan saya tidak seronok nak menulis tentang raya. Iyalah, macam mana saya nak seronok kalau di kepala saya hanya teringatkan, HAJAT HATI dan DENGAN SEPENUH HATI.
Saya cuma boleh letak gambar je.
tenang dan damai, kalaulah PJ macam ni...
Saya cuma boleh letak gambar je.
tenang dan damai, kalaulah PJ macam ni...
DALAM INGATAN KASIH TERCIPTA
Umaira, kalau batu kolam tu retak, jangan saman akak tau.
kenangan berhampiran kolam Umaira.
Kenangan terindah.
Asalnya hanya suka-suka. Tak sangka menjadi. Selepas saja lepak di Amcorp Mall,saya dan Sarnia tak tahu nak lepak mana. Tiba-tiba kami teringatkan Umaira, jadi dengan rasa tak malunya saya suruh Sarnia hubungi Umaira. Kebetulan Umaira ada di rumah. Menjadilah hajat yang tak terancang.
Kami bergerak dengan teksi dari Amcorp Mall menuju perhentian Komuter Kg Dato Harun. Lama juga kami menunggu komuter, mungkin hari tu komuter tu terkejut sebab Sarnia nak naik, jadi tayarnya terpancitlah.
Umaira menjemput kami di perhetian komuter Batu 3. Jujur saya cakap Umaira adalah pemandu wanita ketiga yang saya pernah tumpang. Pertama Kak Long, uminya Danish dan Darwisy, kedua Along jugak merangkap ketua saya, ketiga Umaira. Tak ada bezanya mereka bertiga. Sama saja!
Tak sangka Umaira sudah sediakan laksa yang sangat sedap. Sampai bertambah-tambah makan. Sambil tu berborak sakan sampai tak ingat nak balik rumah. Mujur Encik Z begitu faham dengan saya. Saya kalau dah terlepas, memang tak ingat rumah. Lebih-lebih kalau jumpa kawan-kawan yang satu kepala dengan saya. Makin lupa diri.
Apapun hari itu sangat menggembirakan saya. Buat Sarnia dan Umaira, terima kasih kerana sudi terima saya sebagai kawan. Saya harap dimasa-masa akan datang hubungan kita akan kekal begini.
dengan sepenuh Hati kini dipasaran.
Sinopsis
Ashiqah sukakan Fahmy, seorang pelajar tingkatan enam. Lantas sepucuk surat berwarna merah jambu berpindah tangan. Namun surat itu jugalah yang buat Ashiqah tidak serupa orang buat beberapa ketika. Kerana tidak serupa orang itu, akhirnya Ashiqah terlibat dengan satu insiden. Dia terlanggar Harris pelajat tingkatan lima yang juga merupakan adik tiri Fahmy.
Episod perlanggaran itu buat Harris mula terkenang-kenang akan Ashiqah. Membawa pula pertemuan kepada surat berwarna merah jambu di bilik Fahmy. Harris menggunakan surat merah jambu sebagai alasan untuk mengusik Ashiqah dan akhirnya, mereka mula menjadi sahabat yang paling akrab.
Persahabatan yang bermula dari zaman persekolahn membuahkan rasa cinta namun cinta itu hanya kekal menjadi sebutan di dalam hati kerana setia kepada persahabatan, sehinggalah Fahmy muncul semula. Ashiqah yang tidak pernah dipanang awalnya, mula mencuri perhatian Fahmy sekali gus menggugat kasih Harris terhadap Ashiqah.
sebenar-benarnya, siapakah yang paling layak, menerima cinta Ashiqah? Siapa pula yang mahu Ashiqah dengan sepenuh hati?
Hajat Hati kini dipasaran
sinopsis dari blog FP.
Zahrin sudah terlalu lama menyimpan perasaan buat Fatin. Sejak dari bangku sekolah lagi. Namun disebabkan mereka adalah jiran yang paling rapat, perasaan itu kekal sebagai hajat hati yang tidak mampu diluahkan.
Kehadiran Misya, adik sepupu Zahrin, benar-benar menguji kesabarannya. Lebih-lebih lagi cadangan menjodohkan mereka berdua. Zahrin bertegas menolak. Sikap Zahrin menimbulkan curiga di kalangan ahli keluarganya sekali gus mereka membuat andaian sendiri. Dia sendiri dicurigai dan akhirnya Zahrin menyedari akan semua perubahan yang berlaku di kalangan ahli keluarganya, termasuk Fatin sendiri.
Penjelasan Fatin tentang semua perubahan itu amat memeranjatkan Zahrin lantas nekad untuk meluahkan hajat hatinya. Adakah hajat dihati bakal berbalas? Apakah Fatin turut berkongsi rasa?
Beraya dengan Romibaiduri Zahar.
terima kasih cinta
Malam tadi saya berYM dengan seorang teman. Lama kami berYM sampai tak sedar sudah tengah malam. Banyak yang kami bualkan. Sebenarnya dialah teman yang saya cari ketika saya bermasalah. Kenapa ya? Mungkin saya rasa ada keserasian dengan teman seorang ini yang saya layak panggil anak.
Dia pendengar saya yang paling setia. Apa saja yang saya luahkan sentiasa mendapat perhatian. Dia banyak membina kenyakinan saya, banyak memberi dorongan. Saya rasa sangat bertuah kerana mengenali dia. Tinggal lagi, mungkin juga saya ini jenis yang tak tahu untuk menghargai. Selama ini belum pernah saya ucapkan terima kasih kepadanya. Dan hari ini, dengan sepenuh hati, saya ingin ucapkan terima kasih yang tidak terhingga diatas kata-kata semangat yang diberikan. Terima kasih Cinta!