Hari ini adalah hari terakhir di dalam tahun 2010. Tahun ini melakar sejarah peribadi buat saya, yang saya rasa sangat bermakna. Tahun ini saya melahirkan 3 buah FP Junior, sebuah novel dewasa, dan Dwilogi Cinta bergandingan dengan penulis Sarnia Yahya. Apakah saya sudah berpuas hati dengan kelahiran novel-novel tersebut? Sebagai seorang penulis, saya masih tidak berpuas hati. Masih banyak kelemahan yang perlu saya beri perhatian. Insya Allah saya akan berusaha untuk memperbaiki setiap kelemahan yang ada.
Untuk tahun 2011, saya akan tumpukan perhatian untuk dua naskah manuskrip sahaja. Pertama untuk novel cinta dan sebuah lagi untuk FP Junior. Bermakna saya akan memberi tumpuan untuk kedua-dua naskah ini dengan sepenuh hati saya. Mudah-mudahan semuanya akan berjalan dengan lancar.
Untuk semua pengujung blog saya, pembaca setia hasil tulisan Qaseh Qaisara, saya ucapkan selamat tahun baru. Semoga kita akan terus berusaha untuk menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik.
Kini di pasaran - FP Junior Aku Tom Kau Jerry
“Habis kau ingat kau baik sangat? Kalau aku jahat, kau pun sama jahat,” marah Farah Hana sambil mengesat air mata.
“Memang aku tahu aku jahat, tapi aku baik sikit daripada kau. Kau tu jahat tahap gaban. Gaban pun tak jahat macam kau!” balas Nurul.
“Gaban tu sepupu kau ke yang kau kenal sangat tu?” soal Farah Hana kemudian.
“Lah, tanya aku pula. Bukan ke gaban tu sepupu kau?”
Nurul dan Farah Hana, walaupun sekelas, tapi antara mereka tidak pernah sehaluan sehinggakan ada yang menggelar mereka Tom and Jerry. Farah Hana sentiasa menggunakan kelebihannya sebagai pengawas untuk mengenakan Nurul. Tapi Nurul pula menjadikan psikologi sebagai senjata utama sehinggakan tiap apa yang Farah Hana lakukan tidak menjadi. Tapi persoalannya sampai bila mereka harus menyandang gelaran Tom and Jerry? Mampukah mereka berubah?
KINI DI PASARAN- JANGAN PERNAH BERUBAH
Kata orang cinta itu asalnya dari mata. Kemudian, sampai ke hati. Betullah agaknya kata orang itu, sebab dengan mata itulah Hanisha jatuh hati kepada lelaki yang entah siapa-siapa. Kemudian, dia jatuh sayang. Sayang sangat-sangat sampai tak boleh lupa siang dan malam. Mula menyimpan angan-angan yang bukan-bukan.
“Hani fikir, abang semudah itu untuk berubah hati? Hani ingat abang ni boneka yang hanya tahu mengikut kata dan telunjuk orang?”
Bagi Fahrin yang dituduh dengan penyataan yang sama sekali tidak benar, mula memasang angan yang indah-indah apabila emaknya mengutarakan sesuatu yang benar-benar memeranjatkannya. Kalau dah jodoh, larilah ke mana sekalipun, jodoh tetap jodoh.
Benarkah jodoh yang diharapkan akan berkekalan hingga ke akhirnya? Mampukah Hanisha dan Fahrin mengatasi rintangan dan masalah yang menduga? Benarkah tidak akan ada hati yang pernah berubah?
Dalam Hati Ada Taman.
untuk sahabatku Jon Fatah
Ashiqah sukakan Fahmy, seorang pelajar tingkatan enam. Lantas sepucuk surat berwarna merah jambu berpindah tangan. Namun surat itu jugalah buat Ashiqah tidak serupa orang buat beberapa ketika. Kerana tidak serupa orang itu, akhirnya Ashiqah terlibat dengan satu insiden. Dia terlanggar Harris, pelajar tingkatan lima yang juga merupakan adik tiri Fahmy.
Episod perlanggaran itu buat Harris mula terkenang-kenang akan Ashiqah. Membawa pula pertemuan kepada surat berwarna merah jambu di bilik Fahmy. Harris menggunakan surat merah jambu sebagai alasan untuk mengusik Ashiqah dan akhirnya mereka mula menjadi sahabat yang paling akrab.
Persahabatan yang bermula dari zaman persekolahan, membuahkan rasa cinta namun cinta itu hanya kekal menjadi sebutan dalam hati kerana setia kepada persahabatan, sehinggalah Fahmy muncul semula. Ashiqah yang tidak pernah dipandang awalnya, mula mencuri perhatian Fahmy sekali gus menggugat kasih Harris terhadap Ashiqah.
Sebenar-benarnya, siapakah yang paling layak, menerima cinta Ashiqah? Siapa pula mahu Ashiqah dengan sepenuh hati?
Hadiah daripada Kak Non
usah dikenang....
Ainon Zaini datang rumah.
Raya kedua
Raya kedua saya berkesempatan beraya di rumah rakan penulis Sarnia Yahya. Sayangnya tak sempat nak ambil gambar sebab dia sibuk sangat. Tapi seronok sangat dapat jumpa dia. Kebetulan seorang lagi rakan penulis iaitu Umaira Dzul Widad turut sama berkunjung. Terima kasih Sarnia.
Lepas tu terus pergi Gerik nak raya dengan mak cik pulak. Masa balik singgah sekejap kat kawasan rehat, jadi saya pun posing ala kadar.
Lepas tu terus pergi Gerik nak raya dengan mak cik pulak. Masa balik singgah sekejap kat kawasan rehat, jadi saya pun posing ala kadar.
cermin mata baru
Raya pertama.
DENGAN SEPENUH HATI
Semalam berbual dengan seorang pembaca Dengan Sepenuh Hati. Katanya bez giler. Dari gaya dia tulis perkataan tu, sah-sah budak sekolah. Bila tanya umur berapa? Baru 14 tahun. Saya tarik nafas panjang. Dah rasa serba salah sangat. Bukannya apa, DSH itu bukankah novel dewasa yang orang kata adalah sikit-sikit part yang tak berapa sesuai untuk dijadikan bahan bacaan oleh anak-anak bawah umur. Saya dah risau sangat. Tambah risau bila dia cakap, ramai kawan2 dia suka baca dan berebut nak pinjam. Aduh! Macam mana ni? Coming soon saya ingat nak buat part-part lebih romantis, ingat nak setanding dengan penulis Sarnia Yahya. Habis cam no kalau gini gayanya. Apo nak dikato, salah saya ke?