Selama 15 tahun ini,rumah saya tak pernah tak ada kucing.Dan inilah kucing yang paling lama tinggal dengan saya.Saya tak suka kucing.Paling tak suka.Tapi nak buat macam mana kalau sudah berkongsi rumah dengan orang yang suka kucing.Pernah satu ketika,tuannya telefon saya,dia tanya,Domok(nama kucing tu)dah makan ke belum?Sedang saya tidak di tanya makan ke tidak.Apa lagi naiklah angin saya.Lepas tu saya terus sepak Domok.Peduli apa saya!

Gambar.....
Hari ini Danish dan Darwisy tak datang.Uminya telefon,Kak Ain nak tolong jaga.Kata umi Danish dan Darwisy mungkin ibu(panggilan untuk saya)penat memandangkan semalam 15hb,saya ada buat sedikit kenduri arwah dan doa selamat sempena lahirnya LCBm.Alhhamdulillah...semuanya berjalan lancar seperti yang saya rancangkan.
Saya minta di belikan kek sempena ulang tahun ke 15,tapi kata Encik Z,nanti-nantilah.Makanan tengah banyak.Saya ingatkan saya paling kedekut,tapi rupanya...Tak apalah.Mungkin betul juga.
Tapi tak sangka,Umi Danish dan Darwisy datang bawakan kek.Kek coklat lagi...Alhamdulillah...
Rezeki.Nak ambil gambar kek dan majlis kenduri,sayangnya kamera pula habis bateri.Mulalah saya nak pelangkong siapa yang asyik bergambar akhir-akhir ini.
sebenarnya saya nak menulis tentang perkara lain.Tentang soalan yang di ajukan oleh salah seorang anak saya.
"Kenapa blog mak asyik-asyik gambar saja?"
Jawapan saya,
"Kalau mak tulis,kau orang nak baca ke?"
Diam.Tiada jawapan.Tapi seperti yang selalu saya katakan,berdiam diri juga adalah salah satu jawapan.
Kenapa saya suka pada gambar?
Saya suka melihat gambar.Saya suka melihat gambar pokok,pokok buah-buahan,pokok bunga,gambar permandangan,gambar pelakon kesukaan saya dan boleh di katakan saya suka melihat semua gambar.Dan salah satu kegemaran saya ialah mengambil gambar terutama sekali gambar kenang-kenangan.
Jadi tidak hairanlah kalau blog saya lebih banyak gambar dari tulisan.

Selamat ulang tahun sayang.....
Meteor garden,boy before flower
pokok
hidup bermasyarakat...
Waktu ini saya sangat penat.Saya baru pulang dari majlis kenduri kahwin di kawasan kediaman saya.Di sebabkan suami saya menyertai persatuan pinggan mangkuk penduduk,secara tidak langsung saya terlibat sama untuk membantu kerja-kerja di majlis tersebut.
Asalnya saya membantah keras penyertaan suami saya memandangkan anak2 saya masih kecil dan rasanya masih lambat lagi untuk kami mengadakan majlis kenduri kendara.Tetapi di sebabkan suami saya hendak hidup bermasyarakat, bantahan saya tidak di endahkan.
Pendangan suami saya sangat jauh.Bukan setakat dia fikirkan hidup bermasyarakat tetapi dia
mengajak saya menghayati erti hidup bermuafakat antara jiran.
Sebagaimana kata bidalan,bulat air kerana pembetung,bulat manusia kerana bermuafakat.
berat sama kita pikul,ringan sama kita jinjing.Tak salah mengorbankan sedikit masa untuk mengembalikan semula amalan masyarakat Melayu kita yang kebanyakkan dari kita fikir sudah tidak sesuai di masa sekarang.Sesungguhnya muafakat itu sangat besar ertinya.
Saya sedar sekarang ini,saya pernah silap kepada perkara yang saya anggap sangat remeh.

sakit hati...
Hari ini banyak buat silap.Jadi kalau namanya silap ada juga yang sakit hati.Dan lebih teruk ada pulak yang merajuk....jadi kalau orang tu terbaca,faham sikit situasi orang yang menanggung!
Termakan budi
Susulan dari cerita termakan budi semalam.
Dulu waktu saya bekerja,anak saya di jaga seorang pengasuh.Saya rasa dialah pengasuh yang terbaik di dunia.Memang susah untuk mencari pengasuh sepertinya.Dia bukan setakat menjaga anak-anak saya bahkan mendidik juga.Di ajar anak-anak saya solat,aliff ba ta,dan juga dalam pelajaran.Anak-anak saya menjadi anak-anak yang boleh di kawal[buat masa sekarang]adalah kerana pengaruh besar dari sikap pengasuh saya.
Pernah satu ketika,suami saya marahkan anak saya,bila tiba di rumah pengasuh saya anak saya masih tersedu sedan.Bila dapat tahu suami saya marahkan anak saya,terus suami saya pula yang kena marah.Katanya pantang anak-anak di marah waktu pagi.Bukan saja akan mengganggu perkembangan otak anak bahkan juga akan mempengaruhi sikap mereka.Anak akan lebih bersikap keras kepala.Sejak itu saya suami isteri akan pastikan waktu pagi adalah waktu tanpa perasaan marah.Boleh ke begitu?Mula-mula memang tak boleh.Tapi di sebabkan suami saya sendiri takut kena marah,jadi kami berlajar untuk lebih bersabar dengan kerenah anak-anak di waktu pagi.
Itu adalah antara pengajaran yang saya terima dari pengasuh anak-anak saya.Bahkan banyak lagi yang kami terima sebagai tunjuk ajar dan panduan dalam kami mengharungi dunia keibubapaan.Namun kini semuanya tinggal kenangan.Hampir setahun dia meninggalkan kami.kalau nak sebut budi,rasanya dah tak boleh nak di hitung.Memang tak terbalas.
Kini giliran saya pula untuk membalas budi.Saya pula yang bergelar pengasuh kepada cucu-cucu arwah.Awalnya berat juga untuk saya terima tanggung jawab ini,memandangkan saya tidak begitu mesra dengan budak-budak.Tapi bila terkenang akan budi arwah,luluh hati saya.Yang saya bimbangkan ialah, saya gagal memberi sebagai mana yang pernah anak-anak saya terima.Itu yang sangat-sangat saya bimbangkan.......

Budi orang
Hati-hati terima budi,takut nanti tergadai body.Itu cakap-cakap orang.Nampaknya cakap orang itu ada benarnya.Seminggu dua ini betul-betul saya terkena dengan cakap-cakap orang itu.
Kedekut
Kedekut?Saya mengaku saya seorang yang kedekut.Walau tidak dalam ketegori sangat kedekut,tapi siapa yang rapat dengan saya memang tahu saya seorang yang kedekut.Pernah seorang teman merungut,sepuluh sen dia macam sepuluh ringgit!Apa jawapan saya?Peduli apa aku.Sebab sepuluh sen inilah yang melengkapkan sepuluh ringgit!
Kenapa saya terlalu menghargai duit yang ada?Kerana saya pernah hidup susah.Saya tahu makna kesempitan hidup.Saya tahu makna tak ada.Dari itu saya tahu bagaimana menggunakannya bila saya ada.
Waktu saya bujang dahulu,saya pernah tinggal serumah dengan seorang gadis berbangsa Cina.Moke Wai Kheng namanya.Nama Inggerisnya Kelly Moke.Dia pernah kerja dengan MAS.Orangnya sangat cantik.Kurus dan tingggi lampai.Baik hati,sangat setia dalam persahabatan dan menghormati antara kami walaupun berlainan bangsa dan agama.
Dia adalah antara kawan yang pernah menegur sikap kedekut saya.Awalnya saya tidak sedar dia memerhatikan saya.Maklumlah ketika itu saya masih baru menghuni rumah tersebut.
Dia selalu melihat saya makan.Kalau dia ada di rumah dia akan perhatikan cara saya makan.
Antara yang ramai,saya yang paling berbeza pada pandangan matanya.Saya selalu masak dan jarang membeli makanan di luar berbanding dengan teman yang lain.
Apa yang saya masak?Saya tak akan lupa sehingga sekarang apa yang saya selalu masak waktu zaman bujang saya.Ikan bilis goreng,kangkong rebus atau bayam rebus atau kacang bendi rebus bersama sambal belacan.Kalau hendak berubahpun pada hari minggu.Istimewa sedikit. Sebenarnya kalau mengikut kemampuan saya,saya boleh makan yang lebih dari itu tetapi saya tidak boleh makan yang sedap kerana setiap kali saya terpandang makanan yang sedap saya akan teringat emak ayah serta adik-adik saya di kampung.Sebab itu saya tidak boleh makan yang sedap-sedap.
Kerana selalu perhatikan saya satu hari Kelly menegur.
Katanya kita hidup untuk makan.Waktu hidup kita mesti makan sedap-sedap.Tak perlu untuk sekat-sekat makan.Mungkin itu cara orang Cina.Mereka amat mementingkan makanan.
Kemudian saya jawab.Apapun yang kita makan, akan kita buang juga akhirnya.Bukankah itu juga membazir namanya.Yang penting perut,bukannya tekak.
Selepas itu dia tidak lagi memerhatikan saya makan.Walaupun terdengar juga dia dan kawan-kawan mengutuk saya di belakang,namun saya telah berjaya membuktikan sesuatu.Sesuatu yang sangat-sangat susah untuk teman lain mencontohinya.Waktu hujung bulan ketika masing-masing di landa kekeringan,saya masih banyak bekalan makanan.Saya ada beras,saya ada telur,saya ada mee segera,saya ada biskut.Pokoknya semuanya saya ada.Dan waktu ada sesetengah mereka mengikat perut,perut saya kekenyangan.Kau orang nak minta makanan aku?Aku ini bukankah kedekut.Jangan haraplah kau orang dapat simpati dari aku.
Sikap kedekut itu saya bawa hinggalah ke alam rumah tangga.Sayalah perancang ekonomi,saya lah yang mengatur segalanya.Nampak macam saya yang mengawal rumah tangga saya.Sebenarnya tidak.Suami saya masih ketua tetapi sebagai seorang ketua dia masih perlukan pembantu yang cerdik(kedekut) macam saya.Kerana sikap kedekut itu,kami dapat memiliki sedikit harta.Hiduppun sedikit selesa.
Sekarang dunia dilanda gawat lagi.Bukan kali ini,tetapi sudah banyak kali dunia di landa gawat.Masa-masa beginilah anda semua perlu mencontohi saya.Jadilah seorang yang sedikit kedekut.Rancanglah setiap sen anda.Tak apa kalau orang nampak kita macam tidak berada,sebab senang anda,anda tidak berkongsi dengan siapa.Tetapi satu pesan saya,sekalipun kedekut,jangan sesekali anda semua kedekut dengan ibu bapa.Percayalah cakap saya,kalau seratus anda hulurkan kepada kedua ibu bapa anda dengan rasa iklas,rezeki yang akan anda terima bakal berlipat kali ganda.