
kata tok guru saya
Award dari Umaira.


Untuk semua pembaca e-novel.....
Saya mohon ampun dan maaf buat pembaca e-novel saya. Ada yang ternanti-nanti akan sambungan selanjutnya. Hari ni saya postkan satu bab. Tak boleh banyak-banyak sebab rumah saya dah dua minggu tak bermop, dah jadi macam tongkang pecah. sebab dah ada yang bising-bising, katanya rumah dah tak serupa rumah orang. Lepas ni saya terpaksa jadi bibik semula. Apapun terima kasih banyak-banyak kerana sentiasa mengikuti perjalanan cinta Fahrin dan Hanisha.
Terima Kasih semua!
selamat hari bapa buat Encik Zulkarnain, terima kasih kerana menjadi seorang bapa dengan erti kata yang sebenar sebagai seorang bapa.Terima Kasih!
layan dhadkan

Mula-mula buka komputer. Lepas tu tak pasal-pasal komputer buat hal. Sekejab elok sekejab mati. Gelabah dah semacam. Apa tidaknya kerja yang saya buat tu dah hampir 95 peratus siap. Kalaulah betul-betul komputer tu buat hal, saya memang 'kiok'.
Sebab nak tenangkan perasaan, saya layan cerita ni. Mulanya nak tengok cerita Sivaji the boss , betul ke tajuknya macam tu tak tahulah. Tapi adalah perkataan the boss. Encik Zul dah tujuh lapan kali layan cerita tu. Di sebabkan takut tengah-tengah tengok Encik Zul balik, terpaksalah saya layan Hindustan. Iyalah dari Korea tiba-tiba ke India. Cerita ni antara cerita yang paling saya suka. Saya kalau bab-bab kahwin paksa ni memang suka sangat tengok. Mungkin di sebabkan itu saya serasi menulis cerita-cerita tentang kahwin paksa.
sebab bercuti.....
Kenapa saya memilih Cameron Highlands? Pertama sebab saya suka. Yang keduanya untuk mencari bahan untuk novel saya yang terbaru. Nampaknya Cameron Highlands masih tidak mengecewakan saya. Banyak bahan yang dapat saya kumpulkan. Saya berharap mood untuk menulis akan berjalan lancar sebaik sahaja saya selesaikan kerja yang saya sedang usahakan sekarang ini.
Cameron Highlands tetap indah di mata saya. Suasananya masih romantis. Udaranya masih segar. Namun ada yang menyedihkan saya. Sejuknya sudah tidak sesejuk dahulu. Itu yang saya terasa sangat-sangat