Lagu cinta buat mu kini di pasaran.Beberapa hari selepas menerima naskah percuma dari pihak FP hidup saya serba tidak kena.Jadi tidak terurus.Saya tidak tahu bagaimana riaksi rakan penulis lain berhadapan situasi gembira ini.Buat saya susah untuk saya gambarkan betapa gembiranya saya.
Lagu cinta buat mu antara koleksi novel saya yang agak berusia di dalam komputer saya. Terperap agak lama sehinggalah kakak,panggilan untuk anak pertama saya membuka dan membacanya.
Kakak sebenarnya mempunyai daya penilaian yang sangat tinggi.Mungkin dia sudah terdedah dengan pembacaan novel seawal sepuluh ke sebelas tahun usianya.Dia agak pendiam,pemalu dan tidak ramai teman.Dengan sikapnya begitu dia lebih senang berteman buku dan ayahnya pula tidak kedekut wang.Di situ saya lihat ada keserasian antara ayah dengan anak perempuannya.
Seharian dia mengadap skrin komputer dan akhirnya dia boleh bersuara.
"Akak puas hati dengan yang ini..."
Angin saya di buatnya.Bermakna yang lain-lain itu dia tidak berpuas hati.Siapa dia untuk saya puaskan hati dia.
"Habis yang lain tak okey?Ingat senang mak nak tulis semua tu?"
"Mak cuba hantar dulu,nanti kita tengok macam mana result dia.Nanti akak beritahu kenapa manuskrip mak yang lain orang reject."
Saya lagi sakit hati.Nampak dia macam dah pandai sangat.
Saya tak nak bertekak dengan perkara begitu.Jadi saya beranikan diri untuk menghantar manuskrip novel ini dan akhirnya keputusannya amat menggembirakan.
Novel berjaya di terbitkan juga asalnya adalah sokongan kakak.Jadi saya amat menghargai penilaian anak saya itu.
Dia sekarang bersekolah di asrama.Hanya sesekali dia pulang di musim cuti sekolah.Kenapa tiba-tiba saya tulis tentang kakak?Kerana waktu ini saya benar-benar rindukan dia.Benar-benar mengingatinya.
Kalau kakak terbaca tulisan mak ni,mak hanya nak ucapkan terima kasih pada kakak.Terima kasih kerana menjadi pembaca novel mak yang pertama.
0 comments:
Post a Comment