Salam semua.Sudah lama saya tidak menulis.Bukan di sebabkan sibuk atau tiada perkara yang berbangkit,namun banyak perkara yang tak dapat di elakkan.Pertamanya saya masih marahkan orang yang telah mencuri kabel telefon di kawasan kediaman saya.Betul-betul menyusahkan kehidupan saya.
Namun di sebalik yang susah itu sebenarnya ada hikmahnya.
Saya terpaksa berkunjung dua tiga kali ke cybercafe.Saya rasa di kawasan kediaman saya jarang-jarang wanita yang bergelar ibu seusia saya yang berkunjung di tempat sebegitu.Saya tidak boleh lama di sana.Persekitarannya kurang sesuai buat saya.
Apa yang saya kesalkan ialah,rata-rata yang mengunjungi cc tersebut adalah anak-anak yang kebanyakkannya seusia anak-anak saya.Waktu saya ke sana adalah waktu di mana anak-anak ini sepatutnya berada di dalam kawasan sekolah.Namun mereka memperuntukkan masa yang paling berharga itu di tempat yang tidak sepatutnya.Saya tertanya-tanya,di mana ibu bapa mereka berada ketika itu.
Kebanyakkan masa saya ketika berada di sana hanyalah melihat gelagat anak-anak ini.Apa yang mereka lakukan?Tidak seorang pun di antara mereka yang melayari internet dengan tujuan menimba ilmu sebaliknya singgah di laman web yang bukan-bukan dan tidak kurang pula yang hanya bermain.
Sayu hati saya jadinya melihat anak-anak ini.
Satu hari,hari itu hari Jumaat.Ketika saya leka memerhatikan mereka saya di datangi oleh seorang budak lelaki.Mungkin dalam darjah lima atau enam.Dia menghulurkan tangannya lalu tangan saya di cium.
Terus saya tanyakan,
"Tak sekolah ke?".Dia geleng kepala.
"Ponteng?"Soal saya lagi.
"Saya dah tak sekolah.Baru datang dari kampung."Jawabnya.
"Tak sekolah?"Di sebabkan suara saya memang kuat jadi bunyinya macam marah.
Dia senyum.
"Habis sekarang tinggal dengan siapa?"
"Kakak..."Jawabnya.
"Kenapa tak sekolah?"Suara saya masih kuat.
Dia senyum juga namun soalan saya tidak terjawab.Saya tahu budak lelaki tersebut bukan tiada jawapan,sebenarnya dia terlalu banyak jawapan tetapi tidak tahu jawapan yang bagaiman hendak di berikana kepada saya.Selepas itu dia beredar.Tinggal saya sendirian tertanya-tanya,sebagai seorang ahli masyarakat apakah peranan saya bila berhadapan dengan masalah sebegini?
Apapun saya berharap budak lelaki tersebut pandai menjaga diri dan tidak menyusahkan orang lain di masa akan datang,contohnya jangan mencuri kabel telefon,terutama kabel telefon kediaman saya.
0 comments:
Post a Comment