

Umaira beri award....

Terima anugerah agak cantik dari Umaira.Terima kasih banyak dan selamat berangkat ke tanah suci.Walaupun acara ni sekadar main-main, tapi setiap anegerah ada nilainya yang tersendiri. Dah sedia terima anugerah kenalah jawab pulak arahan seterusnya.
1-copy award di atas dan letak di blog anda. (dah buat.)
2-nyatakan 5 fakta tentang pemberi award.(Dia cantik, comel, lemah lembut,penyayang dan friendly)
3-Setiap blogger mesti nyatakan 10 fakta atau hobi sendiri.(Suka Cherating,suka Cameron Highlands.suka Giants Kelana Jaya, suka Andy Hakim,gila habis kat Jerry Yan, suka drama Korea,suka warna pink,suka membaca,benci tengok berita dan suka makan laksa)
4-Anda perlu memilih 10 penerima seterusnya....Bab ini paling lemah. Sebab semua kawan-kawan dah terima anugerah.Jadi akak abaikan ajelah nombor 4 ni.
KASIH ORANG TERBUANG
Tiba-tiba suami letak satu sampul surat atas katil.Wah, buku yang saya pesan tu dah selamat sampai. Terima kasih buat Yatie/Sal. Jadi apa lagi. layanlah. Dah layan matapun penuhlah dengan air mata.
Saya dah bertekad dari dulu tak akan baca lagi buku macam ni. Inilah buku cerita sedih yang pertama dan terakhir yang akan saya baca. Apapun KASIH ORANG TERBUANG adalah buku yang terbaik yang pernah saya baca. Tahniah buat penulisnya
minta tolong.....
Saya membacanya lebih dari sepuluh kali. Dan setiap kali saya membacanya saya akan menangis. Novel ini di terbitkan lebih dari 20 tahun yang lampau. Sesiapa yang memiliki novel ini harap dapat menghubungi saya.
Saya terlupa pula siapa penulisnya. Ceritanya sangat sedih. Mengisahkan perkahwinan tanpa restu keluarga.
Saya sudah berusaha mencari novel ini tetapi tak pernah terjumpa di mana-mana.
SELAMAT HARI GURU
bertuah...Award 2009
Cerita saya
Sempena hari ibu ini saya ingin ceritakan tentang arwah emak saya. Kelak kalau tidak banyak, ambillah satu sebagai satu renungan di masa akan datang. Bukan untuk membangga diri tetapi saya tidak mahu anda di antara anda yang bakal menyesal satu hari nanti.
Arwah emak saya di sahkan menghidap sakit buah pinggang pada tahun 2005 dan menerima rawatan di Hospital Besar Ipoh selama hampir sebulan. Dalam tempoh itu sayalah yang menjaga arwah emak. Bagi mereka yang menghidap sakit buah pinggang memerlukan penjagaan dari ahli keluarga memadangkan keadaan mereka sangat sukar untuk menguruskan diri sendiri bila menjalani proses mencuci darah. Mereka akan terbaring dan tidak boleh bangun. Bila di soal, pernahkah anda mencuci najis emak anda, tentu saja saya anggukkan kepala, kerana itu jugalah tugas saya semasa menjaga arwah emak saya. Arwah emak saya akan menangis setiap kali saya mencuci najisnya.Kata arwah emak, dia banyak menyusahkan saya. Kalau anda sedang berhadapan dengan keadaan saya, apa jawapan anda ketika anda menyapu air matanya dalam keadaan begitu? Sedihnya hanya Tuhan saja yang tahu.
Tapi mungkin juga kelebihan yang Tuhan beri kepada saya ialah, saya pandai buat lawak. Dalam keadaan payah saya masih mampu berjenaka dengan arwah emak saya.
"Emak ni, kalau mak orang lain dah lama Along tampar...!" Ujar saya ketika itu sambil buat lawak. Saya buat-buat jenaka setiap kali arwah emak saya rasa bersalah. Akhirnya arwah emak saya akan ketawa juga. Lama kelamaan proses mencuci najisnya sudah menjadi kebiasaan buat saya. Arwah emak juga tidak lagi rasa bersalah.
Dua minggu pertama itu saya tidak terasa apa-apa. Walaupun ketika itu arwah emak saya sudah di pindahkan ke wad biasa, dan boleh ke bilik air dengan bantuan saya. Masuk minggu ketiga saya sudah rasa lain macam. Bukan saya rasa bosan atau sudah mula menganggap menjaga arwah emak sebagai bebanan tetapi di sebabkan minggu ketiga itu sudah masuk bulan puasa.
Saya terkenangkan bagaimana suami saya bersahur bertemankan anak-anak kami. Waktu itu umur Wawa baru masuk tiga tahun dan kakak baru sepuluh tahun. Suami saya sudahlah kalau goreng telur saja, belum tentu jadi telur goreng. Macam manalah keadaan mereka anak beranak.Sedih saya sudah tak terucap. Tetapi saya tidak boleh menangis. Kalau arwah emak saya tahu saya menangis, masa itu juga saya kena halau. Mujur saya di berikan dengan seorang suami yang begitu memahami. Sekalipun Encik Zulkarnain tak tahu masak tak tahu kemas rumah, tetapi satu kelebihan yang saya tidak boleh saya nafikan ialah, Encik Zulkarnain pandai jaga anak. Percaya atau tidak, sepanjang kami membesarkan anak-anak, saya jarang berjaga malam sebab kalau saya dah tidur, saya tak ingat apa-apa lagi.Untuk itu, terima kasih sayang...
Mujur dua minggu lagi hendak raya, keadaan arwah emak saya beransur pulih dan sudah boleh keluar wad.
2007, sekali lagi arwah emak saya di serang sakit. Kali ini tahap kritikal. Tetapi kali ini saya bergilir menjaganya bersama adik perempuan saya. Dan giliran saya tiga malam terakhirnya.
Kali ini saya menjaganya siang dan malam. Saya belum lagi ceritakan bagaimana keadaan saya tidur ketika di menjaganya 2005. saya tidur selama sebulan itu di atas lantai berhampiran katil arwah emak saya. Nak tahu betapa sejuknya, cubalah tidur di lantai simen. Tak perlulah sebulan cukuplah semalam. Lepas tu ada satu malam tu, bersebelahan katil arwah emak saya ada orang meninggal pada pukul satu pagi.Warisnya tak ada yang menunggu. Jadi mayatnya terbujur di atas katil sementara menunggu orang menguruskannya esok pagi. Bayangkan keadaan saya. Sebelah saya katil arwah emak, dan sebelah lagi katil mayat orang. Kalau anda bolehkah anda tidur. Yang peliknya saya boleh terlena, kata arwah emak siap berdengkur lagi.
Berbalik kepda cerita saya pada 2007. Pagi Ahad itu saya rasa cukup hening. Aneh sungguh. Saya di sisi arwah emak saya sambil memegang tangannya. Semakin lama saya rasakan tangannya semakin sejuk. Berkali-kali saya mengajar dia mengucap tetapi sudah tiada balasan. Saya pegang badan juga mula sejuk, akhirnya saya panggil doktor. Beberapa minit kemudian doktor mengesahkan emak saya sudah meninggal. Saya cukup tenang. Paling tenang yang pernah saya rasa. Kawan-kawan yang saya kenali di sekitar katil arwah emak saya, masing datang memberi ucapan takziah. Anehnya setitis air matapun tidak menitik. Pelik sungguh.
Sementara saya mencari kereta jenazah, saya minta kawan-kawan saya itu menunggu jenazah emak saya. Saya lihat masing-masing membacakan surah Yassin. Berkat sikap peramah saya, saya di temani oleh kawan-kawan yang baru saya kenali dan tidak kedekut pula mengelilingi jenazah arwah emak saya dengan bacaan ayat-ayat suci.
Sehingga kini, saya tidak sedikitpun rasa menyesal. Kerana sebagai anak saya telah melakukan yang termampu walaupun tidak terbaik. Semuanya akan saya kenang sehingga ke akhir hayat saya. Ada seorang kawan beritahu saya, satu-satunya perasaan yang sukar dikikis dalam hati naluri seorang anak ialah, bila di timpa rasa menyesal seumur hidup. Mujur saya tidak memiliki perasaan itu. Sikitpun tidak.....
Cerita pagi Sabtu
Lepas tu keluar pulak cerita tentang diet. Maklumlah masing-masing nak jaga badan. Kebetulan pula yang ada menjual pakaian yang boleh menurunkan berat badan. Masing-masing pakat mengorder. Saya tengokkan saja. Malas nak perleceh bisnes orang. Arwah mak pernah pesan, tak apa tak baik tapi jangan menyekat rezeki orang. Kalau di buat jugak, nanti Tuhan balas berlipat ganda.
Selepas tu macam-macam cerita keluar. Yang banyak cerita lawak. Sampai sakit pipi saya menahan ketawa. Gelak punya gelak, tengok jam dah pukul 12 tengahari. Masa itulah saya seperti terdengar-dengar Wawa panggil saya. Agaknya kalau tak pakai jam, pukul tigapun tak sedar lagi.
Saya terus naik,kalau di layan takut saya terlepas ke Sogo pulak.
jawapan untuk Hanny..
10 perkara lagi tentang saya.
1-Selalu bangun empat pagi tidur sepuluh malam.
2-suka dengar Hindi Power(minat pada Andy Hakim)
3-suka makan laksa(Laksa mai tang sini, pasar malam Taman Datuk Harun)
4-suka dengan kekabu.
5-suka popeye
6-suka tengok gambar(Terutama gambar pokok dan permandangan)
7-suka majalah Gila-Gila.
8-suka pergi Sogo
9-suka sangat berleter.
10-kalau berjalan tak ingat balik rumah.......
Tag dari Rehal dan Hafirda
10 fact about me.
1- isteri dan ibu kepada tiga anak perempuan.
2-suka warna pink
3-suka Cameron Highlands dan Cherating.
4-tak pernah tengok cerita seram,perang dan cerita sedih.
5-tak suka tengok berita.
6-suka drama Korea.
7-minat giler dengan Jerry Yan.
8-suka Giant Kelana Jaya.
9-suka tidur awal.
10-kuat makan.
Sekarang ni tak ada nafsu nak tag sesiapa.