Happy sangat-sangat!
rindukan Harris

Pentingnya surat nikah.
Kesedaran ini timbul sebaik sahaja saya membaca N3 kat blog Kak Zara Aluwi tentang betapa susahnya nak nikah sekarang ni. Antara syaratnya ialah, nak surat nikah mak bapak sekali. Masa tu saya pun teringat akan surat nikah saya. Tak salah saya saya melihat surat nikah tersebut tahun 98 hari tu ketika hendak beli rumah. Lepas tu saya tak nampak dah.
Malam tadi adik saya pula telefon, bercerita tentang surat yang sama. Tapi kepentingan surat tu tidaklah sama seperti N3 Kak Zara. Katanya, kalau dulu hanya anak pertama saja kena tunjuk surat nikah waktu nak buat surat beranak, sekarang ni setiap kali beranak mesti tunjuk surat nikah. Adik saya tu ingatkan saya sebab dia faham sangat dengan kakaknya. Pertamanya kakaknya tu malas nak ambil berat tentang benda-benda macam ni. Yang keduanya kakak dia tu cuai, yang ketiganya kakaknya tu pelupa dan sebab lain yang lebih utama ialah, anak-anak kakak dia tu semua perempuan. Jadi dia nak ingatkan, bahawa walaupun sudah dinikahkan secara sah, jangan anggap surat nikah tu tak penting.

love undercover 1
Yang sebenar-benarnya saya dapat penyakit M dua tiga hari ni sebab filem ni. Asalnya tengok malam Ahad hari tu filem yang ke 2, cari-cari, dapatlah tengok yang pertama. Kenapa saya suka tengok cerita ni? Sebab Daniel Wu? Oh tidak. Saya berkenan sangat-sangat dengan Miriam Yeung yang kelakar tu. Mungkin satu hari nanti saya akan bina watak yang gila-gila macam Miriam Yeung. Siapa tahukan...
Banyak2 babak, saya paling suka babak ni.

mari kita kenal dengan...
Ini cerita anak perempuan saya no 2 yang sedang berlajar di tingkatan 2. baru-baru ini kelasnya membuat aktiviti masak nasi lemak, mengikut mata pelajaran kemahiran hidup. Kata anak saya, adalah kawan dia dua orang tu. Mereka campurkan sekali daun pisang ketika msak nasi tersebut, sebabnya mereka tak kenal yang mana satu daun pisang dan juga daun pandan. 14 tahun hidup masih tak kenal akan dua daun tersebut? Agak parah ni. Anak sapalah tu!
Kemudian saya teringat akan anak-anak buah saya yang sebaya Wawa lebih kurang. Emak mertua saya suruh ambil daun kari yang ditanam di hadapan rumah. Tapi yang mereka ambil daun limau purut.
Kesimpulannya sekarang ialah, ajarlah anak-anak kita mengenali tumbuh-tumbuhan asas yang diperlukan dalam kegunaan masakan sehari-sehari. Jangan sampai tak tahu langsung!
daun kari.
daun limau purut.
daun pisang.
daun pandan.
Kemudian saya teringat akan anak-anak buah saya yang sebaya Wawa lebih kurang. Emak mertua saya suruh ambil daun kari yang ditanam di hadapan rumah. Tapi yang mereka ambil daun limau purut.
Kesimpulannya sekarang ialah, ajarlah anak-anak kita mengenali tumbuh-tumbuhan asas yang diperlukan dalam kegunaan masakan sehari-sehari. Jangan sampai tak tahu langsung!

Dear heaven
Inilah drama korea yang saya tonton lebih dari 5 kali. Drama yang bertemakan kasih sayang ibu kepada anak perempuan yang ditinggalkan sejak lahir serta bagaimana kasih sayang seorang suami yang sangat mendalam terhadap isterinya.
saja nak tulis...
Bukan sekali dua, kawan2 baik menegur saya tentang blog saya langsung tidak bermatlumat. Mereka kata entah apa2 yang yang saya tempek kat blog saya. Lain tak dak. Balik2 drama Korea, drama Taiwan. Lepas tu tak sudah tempek pelakon kesukaan saya.
"Helo, blog aku, aku punya suka nak tempek benda apa. Kau orang peduli apa!" Itulah jawapan yang saya berikan selalunya.
Mereka juga anggap saya tak tahu perkembangan dunia. Seperti hidup di bawah tempurung! Wah! melampau sangat tu. Tapi bila saya tanya balik salah seorang yang menegur saya tu, kat mana berlangsungnya perlawanan bola sepak piala dunia, terus dia jawab Jerman. Saya dah tak larat nak gelak masa tu. Elok lagi pengetahuan saya yang di bawah tempurung ni.
Bukan saya tidak mahu menulis isu-isu semasa, contohnya isu yang menyedihkan seperti pembuangan bayi yang tidak pernah ada kesudahannya. Hati saya sudah cukup pilu menyaksikan kelaknatan kaum manusia yang setaraf dengan binatang. Jadi saya tidak mahu membiarkan jari jemari saya menyumpah dan mencarut. Saya juga tidak mahu menyentuh isu2 politik, kerana saya tidak mahu membiasakan jari jemari saya mengutuk orang. Orang itu tak betul, orang itu salah. Sedang saya sendiri juga banyak yang tak betul (ayat ini untuk seseorang yang mungkin angin ataupun marah kepada saya ketika ini.Ampun ya, di masa akan datang akak akan menghadkan ketidak betulan akak pada kadar yang paling minima).
Kalau saya tidak menulis tentang isu-isu dunia, bukan bermakna saya tidak tahu apa-apa. Saya masih tahu di mana negara-negara yang berlakunya bencana alam, gempa bumi misalnya dan saya juga tidak ketinggalan tahu presiden negara mana yang maut dalam nahas kapal terbang. Kalau saya tidak menulis soal ugama, bukan bermakna saya tidak sembahyang lima waktu. Oleh itu, janganlah kutuk saya sangat. Kalau setakat tahu Nilai 3 tu kat mana, bila ada jualan murah kat Sogo, tak payahlah nak cakap banyak. Sendiri mau ingatlah!
P/S- kau orang yang mengutuk aku tu, jangan ingat aku tak terasa. Ingat satu perkara. Aku ni penulis novel. Jangan terkejut kalau satu hari nanti kisah kau orang aku kutuk dalam novel aku!

jumpa kawan lama lagi.
Ingat satu watak dalam Kerana Siti Munirah yang bernama Amir Hamdan? Hari ini lepak2 kat FB, saya terjumpa dengan Amir Hamdan yang sebenarnya.Ingatkan dia dah lupa saya. Rupanya dia masih ingat. Dia adalah antara pelajar lelaki yang terhandsome kat sekolah saya dulu. Tapi saya tak sempatlah 'terminat' kat dia. Apapun buat Amir Hamdan semoga bahagia selalu disamping keluarga tersayang.

masa depan Siti Dan Ikmal
Neul- Tree bicycle, antara suara yang paling saya minat.
betul kata kawan baik saya seorang tu. Saya kalau pandai sikit beginilah keadaannya. Untuk kawan baik saya tu terima kasih banyak2 sebab ajar saya sesuatu yang saya rasa susah sangat nak buat.
just like first day nyanyian Park Yong Ha. Antara lagu Korea yang paling saya minat. Kalau saya sedang mengarang, saya akan dengar lagu ni.
berkebun di FB
berbual dengan kawan lama
Hari ni berkesempatan berborak dengan kawan satu sekolah melalui FB. Jauh rupanya dia sekarang ni. Kat Russia. Macam2 saya tanya. Sekarang ni dia menantikan bunga tulip keluar. Lepas tu datanglah summer. Wah, cantiknya. Teruja bila mendengar ceritanya.
Mengimbas kembali zaman persekolahan, kawan saya ini adalah antara yang ternakal dan terjahat jugaklah. Kira macam Harris Dengan Sepenuh Hati sayalah. Tapi dia punya keazaman yang tinggi untuk berjaya. Dan dia sudah buktikan.
Apapun saya tetap doakan kebahagian beliau bersama keluarga di rantau orang.

mengapa dirindu....
mari tengok gambar lagi...

kenangan bersama tak akan dilupakan.

Happy sangat masa tu.

sedang makan kek coklat yang Syima Syawal bawa. Sedap betul kek tu. Nak makan lebih takut pulak. Terima kasih banyak-banyak.

Saya dan kawan maya saya, Tie. Gembira sangat dapat jumpa dia. Untuk pengetahuan semua, gambar2 ni adalah gambar dari FB kawan-kawan. Minta maaf ya saya ambil tanpa kebenaran.