Selamat tahun baru buat semua. Sedar tak sedar dah habis setahun. Apa yang saya buat selama setahun ni? Sayapun tak tau nak jawab apa. Tapi yang saya tau tahun ni saya hebat bercinta.
Awal tahun saya bercinta dengan Daniel. Tak sangka dia mewarnai hidup saya. Kemudian kehadiran Harris, yang saya demam-deman dibuatnya. Berkenalan singkat dengan Zahrin, dan hujung-hujung ni dengan Hakim. Ikmal Hakimi tu tak payah sebutlah. Budak-budak sangat lagi.
Ada yang cakap, karya saya tidak matang. Tumbang jugaklah sekejap. Jenuh pujuk perasaan. Meratap-ratap. Tapi saya sedar, saya tak mampu nak menyenangkan hati setiap orang, jadi saya buatlah apa yang patut. Bersabar dan bertenang. Buat pekak jelah. Buat tak faham bahasa. Tapi hati terluka, siapa yang tahu. Nak kutuk, kutuklah, tapi biar jenis yang membina. Jangan jenis yang pijak sampai tak boleh bangun!
Tapi sepaklah saya, terajanglah saya,insya Allah, saya ada kekuatan untuk bangun. Encik Z dan anak-anak serta rakan-rakan karib saya adalah sumber kekuatan saya. Jadi tahun 2010, saya masih nak bercinta lagi. Kalau boleh lebih hebat lagi. Tak apa tak matang, tak kisahlah. Saya tetap akan bercinta. Rasanya dengan Fahrin, mungkin Zahim takpun Isqandar. Siapapun bakal kekasih baru saya, saya harap masih dapat sokongan daripada semua. Tanpa kalian semua, sukar untuk saya melangkah sejauh ini.
Selamat tahun baru buat semua, semoga perjalanan hidup kita akan lebih mudah.

Akan datang- FP JUNIOR

Teman baik saya iaitu Sarnia Yahya yang mengkhabarkan berita gembira ini. Ketika menatap covernya, saya tergamam sama seperti setiap kali saya melihat cover novel saya yang lain. Dan tentu saja air mata mengalir kerana terlalu gembira.
Kerana Siti Munirah, benar-benar menguji kemampuan saya sebagai penulis. Waktu menulisnya, saya seperti menulis di dalam sebuah bilik dan mata asyik melihat papan hitam dihadapan saya. Ada garis panduan yang perlu saya beri perhatian. Saya rasakan tangung jawab saya sangat besar ketika menghasilkan novel awal remaja ini. Mungkin kerana apa yang saya tulis bakal mempengaruhi jiwa yang masih terlalu muda. Namun saya berharap sedikit tidak novel awal remaja ini bakal diterima dan ada sedikit pengajaran yang akan diberi perhatian.
Buat editor Kerana Siti Munirah, apa lagi yang dapat saya ucapkan selain ucapan terima kasih yang tidak terhingga diatas tunjuk ajar serta teguran yang sangat membina.
Juga buat pelukis cover, terima kasih diatas kerja hebat anda.
Tak lupa kepada semua yang terlibat sehingga terhasilnya Kerana Siti Munirah, terima kasih semua. Saya sangat-sangat menghargainya.
makanan kesukaan saya yang hanya ada di Cameron Highlands
nasib itik
Itik ni bukan itik Cameron Highlands, tetapi itik di dalam lori yang berhenti bersebelahan kereta saya diperhentian lampu isyarat Tapah. Si Kak Nyah yang berkenan sangat dengan itik-itik ni. Siap ambil gambar lagi. Buat malu betul. Tapi kesian jugak melihatkan muka-muka itik yang mungkin bakal menjadi itik gantung tidak lama lagi. Sudah nasib itik begitu, nak buat macam mana.
disapa kabus....
Sepanjang perjalanan menuju Cameron Highlands melalui jalan Simpang Pulai, kami disapa kabus. Walaupun waktu itu sudah menunjukkan sepuluh pagi, namun suasana masih diselubungi kabus tebal. Saya beritahu anak-anak saya, kita berjalan di atas awan dan masing-masing percaya kecuali kakak yang tahu emaknya kuat kelentong.
Bagi sesetengah mereka, suasana begitu adalah biasa, namun bagi saya, disapa kabus memberikan satu perasaan yang sangat luar biasa. Sungguh indah!
Sesungguhnya, Cameron Highlands tidak pernah mengecewakan saya termasuklah kali ini.

berjalan atas awan?

tenang dan damai...

jangan harap suasana begini akan muncul di PJ.

Untuk Kak Non, inilah tempat yang Kak Non kata berjalan atas awan!

Bila?
surat perjanjian
Saya merancang membawa keluarga saya sekali lagi ke Cameron Highlands demi kerana mencari mood menulis. Rasa tidak adil terhadap anak-anak dan suami kerana terpaksa mengikut kehendak saya. Tapi apa boleh buat. Nasib mereka beremakkan seorang penulis! Sekalipun ada yang berbunyi tetapi semakin menghampiri hari yang dijanjikan, saya melihat semangat anak-anak saya semakin berkobar sehingga sebentar tadi saya diminta menjadi saksi pada sekeping surat perjanjian.
Berikut adalah surat perjanjian tersebut.
SURAT PERJANJIAN!!
Dengan ini, saya Nor Yasmin Suraya binti Zulkarnain hendak membuat perjanjian. Pada malam ini dan besok akan diadakan pertandingan. Pesertanya ialah, Nor Yasmin Suraya & Zarith Erisha. Peraturannya ada dibelakang kertas ini. Pemenangnya akan diberikan bilik tidur no.2 di Cameron Highland di Puncak Arabella. Manakala peserta yang kalah mesti berundur ke tempat lain.
Dengan ini surat perjanjian akan menjadi bukti kepada pertandingan ini. Kepada peserta yang kalah, jangan nak merengek, menangis, mengamuk macam orang gila. Kalau dah kalah, kalahlah.Jadi kalau pemenangnya menang, hadiahnya adalah bilik no.2 Puncak Arabella. Jadi hadiah ini tidak boleh diberi kepada peserta yang kalah. Surat perjanjian ini tiada kena mengena dengan hakim atau polis kerajaan.
T.Tangan Peserta,
(Zarith Erisha)
T.Tangan Peserta,
(Nor Yasmin Suraya)
Syarat-syarat pertandingan
1)Peserta pertama haruslah tidur di bilik Kak Nyah berseorangan tanpa membuka lampu.
2)Pintu bilik juga harus ditutup.
3)Peserta pertama harus tidur di bilik Kak Nyah pada 13.12.09.
4)Jika peserta pertama gagal untuk tido di bilik kak nyah berseorangan, perserta itu sudah dianggap kalah.
5)Manakala peserta kedua harus tidur di bilik sendiri pada 14.12.09.
6)Syaratnya sama juga pada syarat no.1,no.2& no.3
7)Kepada pserta yang kalah tidak boleh tido di bilik no.2 di Puncak Arabella, mana kala peserta yang menang akan tidur di bilik no.2 di Puncak Arabella.
8)Jika keputusannya seri, kedua-dua peserta akan tidur di bilok no.2 di Puncak Arabella bersama.
9)Peserta yang kalah tidak boleh merengek, menangis, mengamuk dan lain-lain.
10)Surat ini tiada kena mengena dengan hakim dan polis.
Begitulah surat perjanjian yang saya dipaksa menjadi saksi.
pertandingan ini diadakan kerana masing-masing berebut untuk tidur di bilik no.2 di Puncak Arabella.
Pertandiangan ini sebenarnya berat sebelah tetapi Zarith Erisha tidak menyedarinya.
Bayangkan, pertandingannya hanyalah tidur di bilik kak nyah bersendirian. kalau Zarith Erisha boleh berfikir, mungkin dia akan menolak pertandingan ini, kerana dah jelas-jelas kak nyah(Yasmin) akan menang. Kerana itu bilik dia. Memang dia yang tidur dalam bilik tu setiap malam. Tetapi sebagai saksi,saya ingin melihat sejauh mana ketelusan perjanjian ini.

Padan muka!
Ini ada lagi sebuah cerita. Tentang sikap juga. Cerita ni agak lama. Dan baru sekarang tergerak nak tulis.
Ceritanya begini. Hari minggu tu, saya sekeluarga pergilah membeli belah. Kira banyaklah keperluan harian.
Tiba di kawasan yang dikhaskan untuk mengambil dan menurunkan orang, adalah seorang mamat tu,(sepatutnya saya cakap sekor, tapi tak baik pulak), sedang menunggu, saya syak dia menunggu buah hatinya.
Sayapun cakap baik-baik,
"Dik, boleh tak tunggu depan sikit, akak nak keluarkan barang ni." Lebih kuramg begitulah kata-kata saya dulu.
Dengan muka bodoh sombongnya, lelaki tupun jawab.
"Tak boleh, saya tengah tunggu orang ni."
Mak ai, aku cakap baik-baik, dia jawab begitu. Nak kena dengan aku ni..Saya cakap dalam hati je, taklah sampai mencari pasal sebab masa tu hati saya tengah seronok sebab baru balik shopping.
Okeylah sayapun beralah. Angkutlah semua barang-barang walaupun agak jauh dari lif.
Dalam saya berulang alik mengangkut barang bersama suami dan anak-anak, tiba-tiba muncul seorang jiran yang berhentikan kereta belakang kereta saya. Satu keluarga jugak dan mungkin pergi shopping sama.
Saya tengok jiran tu bercakap dengan lelaki yang sedang menunggu, dan kemudian saya dengar jiran tu bertempik dan menggunakan bahasa kesat dengan tiba-tiba. Tak lama kemudian, lelaki yang sedang menunggu tu terus memandu dan berhenti di tempat yang saya cadangkan tadi.
Aik? Apa dah jadi?
Sayapun apa lagi, pergilah ke kereta lelaki tu. Saya cakap,
"La, kalau akak tahu adik faham bahasa mencarut, awal-awal lagi akak mencarut. Akak lagi terror!" kata saya sambil melihat muka lelaki tu yang jelas-jelas macam muka orang tak cukup darah.

Perlukah?
Perlukah kita kurang ajar semata-mata nak mengajar orang? Saya rasa ya, sebab sekarang terlalu ramai yang tak faham bahasa berlembut dan tolak ansur.
Pagi ini ketika saya dan Encik Z berjalan bersama dia disapa oleh seorang jiran. Macam jiran tu marah sebab butir percakapannya begini, macam tak ada tempat lain nak parking!
Sayapun tanya kepada suami saya,
"Orang tu marah abang ke?"
"Tak tahu," jawab suami saya sehinggalah kami tiba di ruang masuk ke tempat letak kereta kediaman kami. Tempat letak kereta ini setinggi 4 tingkat. Tingkat atas sekali dah jadi padang bola budak-budak sebab tak ada kereta yang parking kat situ.
Betul-betul ruang masuk tempat letak kereta tu adalah sebuah kereta. Saya tengok kedua-dua tayarnya sudah pancit. Ini mesti kes letak kereta kat ruang masuk. Memang betullah, sehingga kereta lain tak boleh nak lalu ruang masuk tu. Padanpun kena pancit tayar kereta.
Sebenarnya ini bukan kali pertama kereta kena pancit disebabkan letak kereta tak betul. Dah banyak kali. Ada satu kes tu depan mata saya sendiri. Siap penduduk panggil polis, ingat kereta curi sebab cara letak macam tergesa-gesa, nampak macam nak lari. Tambahan pula tiada sticker yang menunjukkan kereta itu milik penduduk flat.
Jadi semua ini sebenarnya salah diri sendiri. Suka menyusahkan orang lain. Dan masyarakat kita sekarang ni jarang nak bertolak ansur jadi padahnya kenalah tanggung.
Saya selalu berpesan kepada diri sendiri, anak-anak juga orang yang hampir dengan saya, kalau buruk sekalipun perangai, janganlah menyusahkan orang lain! Jangan menjadi bahan kutukan orang semata-mata nak mudah. Kalau tuan punya kereta tu ada otak, tentu dia akan letak kereta di tempat lain, bukan jalan masuk yang jelas-jelas menempah kemarahan orang lain.

Rashdan...
jalan yang mana harus saya pilih untuk mencari diri yang mula hilang...
cerita saya

sawah padi bukan gambaran sebenar.
Hari Jumaat, sebaik sahaja suami serta abang-abang ipar serta biras saya selesai solat Jumaat, kami semua merancang untuk ke kampung kelahiran mertua saya di Telok Bakong, Lambor. Cadangnya hanya untuk memungut buah durian yang tinggal hujung-hujung serta buah langsat yang sedang ranum di pokok.
Awal-awal saya dah keluarkan arahan, kita tak pergi beraya rumah orang. Kita pergi dusun saja sebabnya saya malas nak pakai baju kurung.
Suami serta abang ipar saya kata 'okey'. Jadi tak perlulah saya bersiap ala-ala mak datin. Cukuplah berpakaian seperti nyonya jual sayur.
Setiba saja di dusun milik ayah mertua saya, masing-masing bertebaran. Suami saya terus mencari buah durian begitu juga abang ipar serta biras lelaki saya. Sementara kaum anak-anak terus menerpa petak sawah yang terletak bersebelahan dusun.
Awalnya masing-masng hanya melihat anak-anak ikan berenang-renang, termasuklah saya.
Makin ditengok, makin tergoda tetapi mustahil pula boleh ditangkap dengan tangan saja. Kemudian saya terfikir ada penapis di dalam pondok. Dengan menggunakan penapis tersebut, saya terus turun ke dalam air. Bila anak saya tengok saya dah mula main air, maka mereka pun tak fikir panjang lagi. Masing-masing ikut serta. Begitu juga dengan anak-anak saudara saya yang lain. Semua pakat turun main air sawah.
Sukar untuk saya gambarkan perasaan saya ketika itu. Seolah-olah rasa terkilan yang saya tanggung kebelakangan ini beransur pergi. Seketika saya dapat melupakan segalanya.
Perasaan ketika berjaya menangkap ikan itu sangat istimewa. Rasa kembali ke zaman kanak-kanak yang tak perlu fikirkan apa-apa.
Sesekali, saya fikir, eloklah saya menikmati suasana begitu. Bermain dengan lumpur juga mampu merawat perasaan rupanya.