saya pernah sumpah orang?
Saya pernah sumpah seseorang? Dan sumpahan saya itu hampir berusia 25 tahun. Anehnya orang yang saya sumpah itu tidak pernah melupakannya hingga ke hari ini. Saya sangat terkejut bila berbual dengan bekas kawan sekolah saya ketika saya di tingkatan 3. Saya baru terjumpa dengannya melalui FB. Hari ini saya berbual dengannya dan dia beritahu saya pernah sumpah dia dengan kata-kata begini,
"Aku sumpah kau tak lulus SRP. Kata kawan saya itu lagi, dia tidak pernah lupa hingga ke hari ini.
Baru saya tahu betapa nakalnya saya dulu, tetapi saya tahu, kawan saya tu lagi nakal. Apapun saya berdoa agar dia bahagia selalu disamping isteri dan anak-anak tersayang.
Saya ingatkan FB ni setakat nak kenal-kenal kawan, rupannya FB boleh mengembalikan nostalgia yang hampir berumur 25 tahun. Mulai hari ini saya akan selalu bukak FB. Manalah tahu boleh jumpa lebih ramai bekas2 kawan saya.
2 comments:
mmg btl tu kQaseh.FB ni bkn stakat nk knal rkn2 ,mlh blh m'gembalikn nostalgia msa llu.Tbru Sherie pla,x sngka dgn m'invite rkn2 bru,rpa2nya spupu yg mmg x biasa bborak@knl dr kpg yg sma.Mlalui FB ni brule m'getahui sdikit sbyk hl ttg mrk.Kita kna slalu bka FB ni utk mrapatkn lg psahabatan@kklrgaan yg skian lma tputus
betul tu Sherie, akakpun tak sangka. seronok pula rasanya sebab dapat kenal semula kawan2 lama.
Post a Comment