cerita cicak
Pagi ini, seekor cicak dah jatuh ke dalam sinki saya. Kalau cicak tu jantan, kira tahap terunalah, kalau betina, tahap dara. Saya tengok cicak tu dah berusaha bersungguh untuk keluar dari sinki saya, namun gagal. Mungkin disebabkan sinki saya tu dalam sikit.
Pelbagai usaha telah saya jalankan untuk membunuh cicak tersebut, tetapi usaha saya tu berakhir dengan tidak sampai hati.
Mula-mula sekali, saya cuba lemaskan, tetapi macam cicak tu gelakkan saya je sambil berenang-renang.Tak tahu pulak cicak pandai berenang.
Lepas tu saya tuang air panas. Tapi yang peliknya saya tuang kat dalam lubang sinki je. Memang tak sampai hati nak curah atas badan cicak tu.
Saya basuh pulak kuali selepas masak sambal tumis ikan bilis, ingat biar cicak tu kepedasan, pun tak jalan.
Nampaknya saya tak mampu nak bunuh walau seekor cicak sekalipun ayat 'ada jugak yang mati kena bunuh dengan aku ni,' adalah ayat kegemaran saya. Rupanya hati saya masih kecil...
2 comments:
he he ="}
Nurul, kesian cicak tu. Akhirnya mati jugak
Post a Comment