KERANA SITI MUNIRAH- DIPASARAN
Kerana Siti Munirah sudah berada dipasaran. Jadi jangan ketinggalan untuk dapatkannya. Chewah, macam iklan pulak. Apapun harap KSM juga dapat diterima tak kiralah pembaca awal remaja, ataupun yang sudah dewasa. Sebahagian besarnya adalah pengalaman saya sendiri ketika bergelar budak sekolah. Cuma bab curi durian tu bukan kerja saya, tapi memang kerja kawan saya yang bernama Apai.
Jujur saya katakan, saya sangat suka novel ini sebab saya tak rasa saya sudah berumur 40 tahun ketika menghasilkannya. Seolah-olah nakal saya waktu-waktu zaman persekolahan dahulu masih baru saya tinggalkan.
Saya juga ingin berterima kasih diatas tunjuk ajar yang telah editor saya berikan kepada saya sehingga terhasilnya novel ini.(Walaupun kita tak saling mengenali, tetapi saya tahu anda seorang yang sangat teliti untuk menghasilkan yang terbaik. Saya sangat menghargainya dan sangat berbesar hati kerana dapat bekerja dibawah tunjuk ajar anda. Terima kasih banyak-banyak)
0 comments:
Post a Comment