AKAN DATANG- DENGAN SEPENUH HATI
Ashiqah sukakan Fahmy, seorang pelajar tingkatan enam. Lantas sepucuk surat berwarna merah jambu berpindah tangan. Namun surat itu jugalah buat Ashiqah tidak serupa orang buat beberapa ketika. Kerana tidak serupa orang itu, akhirnya Ashiqah terlibat dengan satu insiden. Dia terlanggar Harris, pelajar tingkatan lima yang juga merupakan adik tiri Fahmy.
Episod perlanggaran itu buat Harris mula terkenang-kenang akan Ashiqah. Membawa pula pertemuan kepada surat berwarna merah jambu di bilik Fahmy. Harris menggunakan surat merah jambu sebagai alasan untuk mengusik Ashiqah dan akhirnya mereka mula menjadi sahabat paling akrab.
Persahabatan yang bermula dari zaman persekolahan, membuahkan rasa cinta, namun cinta itu hanya kekal menjadi sebutan dalam hati kerana setia kepada persahabatan, sehinggalah Fahmy muncul semula. Ashiqah yang tidak pernah dipandang awalnya, mula mencuri perhatian Fahmy sekaligus menggugat kasih Harris terhadap Ashiqah.
Sebenar-benarnya, siapakah yang paling layak, menerima cinta Ashiqah? Siapa pula mahu Ashiqah dengan sepenuh hati?
cerita ketiga
Si isteri ini. Dia masih banyak kerja yang belum di bereskan. Kemudian dia terbuka pintu pagar, langsung berlenggang kangkong untuk bertemu kroni-kroninya. Mengutuk orang, tentu saja. mengumpat apa lagi. Betul-betul terlupa tidak lama lagi nak puasa, makin galak menambah dosa. Selepas bergelak sakan, baru dia teringat, semalam dia ada terima e-mail. Waktu itulah kelam-kabut peningnya datang. Rupa-rupanya di isteri ini terlupa, dia masih ada satu kerja yang perlu di bereskan segera.
cerita kedua
Si anak demam. Maka si ibupun berjaga sepanjang malam kerana bimbangkan si anak. Tidak lama kemudian si ibu pulak jatuh sakit. Kemudian si ayah boleh bercakap,
"Lah, kesiannya bibik kita, dah demam?"
"Lah, kesiannya bibik kita, dah demam?"
cerita pertama
Seorang isteri bersendirian di rumah. Anak-anak masih belum pulang dari sekolah dan suami juga masih belum pulang. Hujan turun dengan lebat lalu si isteripun menghubungi si suami,
"bang, kalau dulu kita baru kahwin, kalau hujan-hujan begini mesti abang kelam kabut sampai rumah." Kata si isteri. Kemudian jawab si suami,
"Hari hujan ke yang? Kalau macam tu abang masuk pejabat semulalah"
Bengangnya si isteri.
"bang, kalau dulu kita baru kahwin, kalau hujan-hujan begini mesti abang kelam kabut sampai rumah." Kata si isteri. Kemudian jawab si suami,
"Hari hujan ke yang? Kalau macam tu abang masuk pejabat semulalah"
Bengangnya si isteri.
Lagu cinta buatmu masuk cetakan kedua.
Sinopsis.
Dalam menanti saat bahagia, tunang Daniel, Nadia mengambil keputusan untuk membatalkan perkahwinan mereka. Demi menyelamatkan maruah keluarga, Daniel terpaksa mencari jalan untuk meneruskan juga perkahwinan itu.
Anis terpaksa menjadi 'pak sanggup' apabila terpaksa menjadi pengganti pengantin perempuan buat Daniel. Demi sayangkan ibu tirinya, Anis akur.
Dua minggu usia perkahwinan mereka, masih tiada siapa yang ingin memulakan bicara. Sikap Daniel yang dingin menggusarkan hati Anis. Tidak tahu status sebenar dirinya. sehinggalah satu kejadian yang memalukan Anis berlaku. Bermulalah detik perkenalan antara Daniel dan Anis.
Sikap Daniel yang dingin dan serius kian berubah dari hari ke hari. Bibit-bibit cinta kian bercambah dalam diri masing-masing. Namun kemunculan Nadia menguji kesetiaan perhubungan mereka. Menguji tahap kejujuran dan tahap kasih sayang yang mereka bina.
Berjayakah Anis mempertahankan haknya? Berjayakah Daniel mempertahankan cintanya? Benarkah lagu cinta telah bernada di hati mereka?
jalan-jalan..
Semalam 12hb, saya dan Encik Z ke Muar kerana ayah mertua adik saya meninggal dunia. Walaupun agak jauh, saya nak pergi jugak sebab masa arwah emak dan ayah saya meninggal mereka sekeluarga juga sanggup datang. Bagi saya yang kesedihan, sangat-sangat terharu bila di kunjungi oleh mereka. Saya harap juga, dengan kehadiran saya dapat memberi sedikit kegembiraan buat mereka. Ternyata perasaan saya tepat, kerana bila saya berjumpa dengan emak mertua adik saya yang sedang berdedih,dia tersenyum melihat saya dan melahirkan rasa terharunya kerana kehadirannya saya. Baru saya sedar betapa bermaknanya kehadiran seseorang di waktu kita bersedih.
Selepas selesai upacara pengkebumian, saya dan Encik Z terus pulang. Tetapi saya sebenarnya nak ke Tangkak. Kata orang Tangkak adalah syurga kain pasang. Kata oranglah, tetapi kata saya lebih baiklah ke Nagoya.
Tengah pusing-pusing, perutpun mengedik lapar. Kami singgah di satu gerai makan yang betul-betul terletak bersebelahan pejabat pos Tangkak.
Saya teringin nak makan mee bandung, jadi saya order mee bandung. Sementara menunggu pesanan saya siap, Encik Z perkenalkan saya dengan satu jenis makanan. Tempe goreng yang di makan dengan sambal kicap.Biar betul Encik Z ni. Dahlah saya tak suka tempe. Tapi di sebabkan suami yang paksa saya cuba, saya cubalah. Rasanya bolehlah. Tapi yang saya pelik, bukan saja tempe di makan dengan sambal kicap bahkan pisang goreng juga. Rupanya lain tempat lain pula caranya.
Selepas selesai upacara pengkebumian, saya dan Encik Z terus pulang. Tetapi saya sebenarnya nak ke Tangkak. Kata orang Tangkak adalah syurga kain pasang. Kata oranglah, tetapi kata saya lebih baiklah ke Nagoya.
Tengah pusing-pusing, perutpun mengedik lapar. Kami singgah di satu gerai makan yang betul-betul terletak bersebelahan pejabat pos Tangkak.
Saya teringin nak makan mee bandung, jadi saya order mee bandung. Sementara menunggu pesanan saya siap, Encik Z perkenalkan saya dengan satu jenis makanan. Tempe goreng yang di makan dengan sambal kicap.Biar betul Encik Z ni. Dahlah saya tak suka tempe. Tapi di sebabkan suami yang paksa saya cuba, saya cubalah. Rasanya bolehlah. Tapi yang saya pelik, bukan saja tempe di makan dengan sambal kicap bahkan pisang goreng juga. Rupanya lain tempat lain pula caranya.
rasa hati...
Tengok drama Korea sudah, tengok cerita Hindustan sudah. Tak pernah-pernahnya layan muzik kitaro, saya layan sampai nak muntah. Tapi bab ini tak reti-reti nak sudah. Terasa semakin sulit dan susah....
Wawa dengan kaki ayamnya.
Saya di bilik kerja saya, kemudian Wawa datang jumpa saya. Dia baru balik dari mengaji. Katanya, "mak,mak. Kasut Wawa hilang sebelah." Saya tanya. "Habis macam mana Wawa balik? Dia jawab, "Sebelah Wawa pakai kaki ayam, sebelah lagi tak pakai kaki ayam!" Sakit kepala saya mendengar jawapannya. Entah kaki ayam manalah yang dia pinjam.
drama korea lagi.
SARNIA
Waktu saya menulis n3 ini, saya benar-benar teringatkan awak. Awak pernah bercerita pada saya bagaimana susahnya hendak menamatkan bab cerita awak. Dan saya benar-benar terasa seperti yang awak rasa, bila saat ini, ketika ini, saya benar-benar tidak tahu bagaimana hendak menamatkan cerita saya. Setakat mendengar rupanya tak sama bila sendiri yang mengalaminya.
autum tale
Malam tadi tak tahu nak buat apa. Encik Z pulak ada kerja. Balik lewat. Nak menulis, sejak akhir-akhir ni macam ilham seakan merajuk dengan saya. Saya teringat cakap seseorang, mungkin nanti ilham tu akan datang cari saya jugak. Nak layan mata, sejak berumur ni, dah susah nak tidur awal. selalunya pukul sepuluh saya dah hanyut Sekarang pukul dua belas pun, mata masih segar sesegarnya. Jadi untuk tidak terasa bosan, saya layan drama ni. Ingat nak layan winter sonata, tapi Sarnia dah layan.