Insya Allah.
Saya selalu dengar kakak(anak dara saya yang pertama) memainkan lagu ini dan menjadi lagu tema beliau, saya rasa lagu ini hanya lagu biasa-biasa. Tapi saya tanya juga siapa yang menyanyikan lagu ini.
rupa-rupanya lagu ini sangat mendalam maknanya.
yang ku tahu cinta itu indah.
selamat hari bapa buat Encik Zulkarnain, terima kasih kerana menjadi seorang bapa dengan erti kata yang sebenar sebagai seorang bapa.Terima Kasih!
jadi budak kolej sekejap.
Aktiviti terkini. Sekarang saya sedang meneroka alam budak-budak kolej. Ramailah yang jadi mangsa saya. Mujurlah mak cik seorang ni ramai kenalan budak-budak kolej. Jadi tak ada masalah untuk mak cik ni kembali muda! Chewah! Perasan lagi. Jadi mak cik ni dah pilih siapa yang bakal jadi hero. Walau pun hati tak berapa berkenan dengan mamat ni, tapi ada seorang tu yang minat gila dengan dia.(Budak kolej yang banyak beri pertolongan kepada saya sekarang ni) Terima kasih banyak2. Apapun doakan mak cik ni berjaya dengan misinya dan juga nantikan cinta Isqandar dan Kamilia.
saya garang ke?
Saya garang? Sebenarnya saya tak hairan pun kalau ada yang bercakap begitu bila kali pertama melihat muka saya. Memang itulah tanggapan awal yang saya terima. Bahkan yang tak pernah saya lupa hingga sekarang, ada seorang kawan tu dia boleh cakap, saya ni bukan saja garang, tapi sombong jugak. Allah hu akbar! Sampai hati keluarkan kenyataan yang tidak berasas itu. Untuk kawan-kawan semua, inilah rupa paras yang sudah Allah kurniakan kepada saya. Alahmdulilah. Walau tak sejelita mana, tetapi tetap sempurna, dan saya tak akan mengubah sama sekali rupa bentuknya. Tetapi kepada mereka yang tak mengenali saya dengan lebih dekat lagi, saya nak beritahu, saya tak garang apatah lagi sombong. Jangan sesekali takut untuk berkawan dengan saya.
pergi beli buku lagi.
Sehari di Butik Norzamira.
Semalam 10 hb Jun, saya berkesempatan berkunjung ke butik milik rakan penulis Umaira Dzul Widad. Saya datang bersama Sarnia Yahya. Ketika menjenjakkan kaki ke butik milik Umaira, saya rasa sangat kagum dan bangga dengan usaha beliau. Tahniah saya ucapkan dan semoga akan lebih maju di masa akan datang.
Apa yang lebih istimewa tentang butik ini ialah, selain dari menyediakan tudung-tudung berjenama Norzamira yang cantik dan menarik, butik ini juga sedia menerima tempahan tudung mengikut saiz yang bersesuai dengan pelanggan. Bukan senang nak cari butik macam tu, jadi bagi mereka yang berminat memiliki tudung berjenama Norzamira, silalah berkunjung ke butik beliau. Insya Allah, saya jamin mesti puas hati.
Sarnia Yahya.
Bos Butik Norzamira.
Apa yang lebih istimewa tentang butik ini ialah, selain dari menyediakan tudung-tudung berjenama Norzamira yang cantik dan menarik, butik ini juga sedia menerima tempahan tudung mengikut saiz yang bersesuai dengan pelanggan. Bukan senang nak cari butik macam tu, jadi bagi mereka yang berminat memiliki tudung berjenama Norzamira, silalah berkunjung ke butik beliau. Insya Allah, saya jamin mesti puas hati.
Sarnia Yahya.
Bos Butik Norzamira.