Saya berkesempatan menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan penulis Kak Zara Aluwi. Terima kasih Kak Zara di atas jemputan. Inilah gambar yang sempat saya rakam untuk tatapan semua.
Menantu dan anak Kak Zara. Sama Cantik sama padan.
Kak Zara
Saya dan Kak Zara
Balik dari rumah Kak Zara terus pergi Sungai Congkak.
Terima kasih Kak Non
Saya tau Kak Non suka dia, saya pun suka dia jugak. Jadi saya ambik dia jadi hero 230 saya, bolehkan Kak Non?
Lama tak update blogkan? Ada sebabnya. Bukan tak ada sebab. Qaseh Qaisara ni emosional sikit. Nak tahu apa sebabnya? Begini, bila rakan2 baik tegur blog saya ni 'kosong' macam hampas, saya buat tak tau. Tetap cakap, blog aku, aku punya suka! Tapi bila hubby sendiri dah sindir semacam, berasap jugak dalam badan. Tapi saya peduli apa, masih tetap dengan pendirian saya, blog aku, aku punya sukalah. Selagi aku tak kutuk orang, tak keluarkan kata-kata kesat, okeylah. So, lepas ni jangan tegur-tegur lagi.
Okey, nak tulis perkara tentang diri saya sekarang ni. FP Junior saya Janji Tak Degil Lagi, mungkin bakal berada di pasaran tidak lama lagi dan saya dah siap dengan FP Junior yang terbaru. Tinggal nak buat kerja edit yang terakhir saja. Sekarang sedang siapkan manuskrip untuk novel dewasa. Harap-harap siap. Tak libang libu lagi, kata orang Perak.
Sebenarnya saya nak ucapkan ribuan terima kasih buat seorang teman baik yang selalu berYM dengan saya ketika saya kekeringan ilham. Dia banyak membantu saya sekarang ini. Teman baik tu tak lain tak bukan penulis Ainon Zaini. Dia sekarang ini merupakan peladang yang paling berjaya di alam maya. Tahniah Kak Non.(macam terdengar-dengar aje orang cakap, hantu kau Qaseh!) Jangan marah Kak Non!
Saya pula selalu meluahkan rasa saya tentang manuskrip saya yang saya beri tajuk, 230, 270, dan 350. Hanya Kak Non saja yang faham. malam tadi saja Kak Non telah bantu saya dalam menambah muka surat untuk manuskrip 230. Terima kasih Kak Non. Terima kasih banyak-banyak.
lagi tentang Syed Adriz
Sebenarnya drama ni banyak mempengaruhi saya untuk mengolah watak Syed Adriz. Harap-harap semuanya berjalan lancar dan siap seperti yang saya jangkakan.
JANGAN ADA CINTA
Dah lama tak update blog. Bukannya apa, mood nak mengupdate tak dak! Mood menulis pulak kian berkobar-kobar. Kali ni saya nak cuba buat tebal sikit. Dah menuntut ilmu dengan Kak Non dan juga Sarnia. Terima kasih kawan-kawan kerana menurunkan ilmu kepada saya. Sebelum apa-apa saya nak kenalkan hero baru saya, Syed Adriz. Tajuk awalnya Jangan Ada Cinta.
Akan datang- Janji tak degil lagi.
Bakal hadir tidak lama lagi. Janji Tak Degil Lagi merupakan novel awal remaja saya yang kedua. Kali ini saya memilih tema kasih sayang seorang guru terhadap anak muridnya yang bermasalah. Bagaimana kesabaran seorang guru, mampu mengubah perangai seorang anak murid yang cukup degil. Saya berharap sangat cerita ini dapat memberi sedikit pengajaran buat adik-adik semua.
Tak lupa setinggi-tinggi penghargaan saya buat mereka yang terlibat sehingga lahirnya JANJI TAK DEGIL LAGI. Ianya sangat istimewa buat saya. Terima kasih banyak-banyak saya ucapkan.