Kejadian ini berlaku kira-kira enam atau tujuh tahun yang lepas.Peristiwa yang di alami oleh kawan saya.Dia mempunyai sepasang anak kembar.Satu hari,ketika itu tengahari,dia rebus botol-botol susu anak kembarnya.Oleh kerana si kembar itu tidur lena,maka kawan saya ini tumpang sekaki sehinggalah dia dikejutkan oleh jiran-jiran.Baru dia tersedar dapurnya sudah berkepul-kepul dengan asap.Kerana tertidur dia nyaris-nyaris hilang nyawa.Sebelum tidur tadi dia terlupa akan botol-botol susu anaknya di atas dapur.
Manusia berlajar dari kesilapan sendiri tetapi agak jarang yang mahu berlajar dari kesilapan orang lain.Sedangkan kita juga manusia yang mungkin akan mengulangi kesilapan yang sama kerana waktu dan keadaan sentiasa serupa dengan orang lain.
Saya tak kata orang lain,saya hanya mengingati diri saya sendiri.Sebab di dalam rumah saya sekarang ini sudah ada botol-botol susu yang perlu di rebus!
0 comments:
Post a Comment