Hari ini saya menghadiri majlis temasya sukaneka anak bongsu saya.Bongsu ke?Soalan yang sering meniti bibir suami saya.Bongsulah,banyak cakap pulak!
Panas terik bukan main,terpaksalah jaga muka takut nanti orang tak kenal masa pesta buku.
Dalam saya seronok melihat telatah anak-anak di hari pesta mereka,saya di sapa oleh seseorang.
Sekali saya pandang,macam pernah terlihat di mana-mana.Tapi di mana ya?
Dia bercerita tentang anaknya,saya juga.Akhirnya dia bertanya tentang kerja saya.Saya beritahu saya surirumah sepenuh masa.Sambil tu adalah tulis buku sikit-sikit.Nak mengaku novelis,sebutan tu agak masih jauh dengan saya.
Dia macam terkejut.Tak sangka dapat berbual dengan seorang penulis,katanya.Saya tertanya-tanya juga hebat sangatkah kalau jadi seorang penulis.
Akhirnya terluah juga satu kisah.Cara dia bercerita sangat bersungguh.Saya pula jenis manusia yang kalau orang bercerita akan saya beri perhatian dengan bersungguh juga.
Katanya dia chef di salah sebuah hotel terkemuka.Padanlah macam pernah tengok saja.Bahasa Inggerisnya juga memang baik sekali.
Dia meluahkan ketidak puasannya tentang salah seorang penulis buku masakan yang telah mencuri ideanya.Semua susah payahnya mencipta resepi,di tiru kemudian di bukukan.Cara dia bercerita memang nampak dia sakit hati.Saya juga turut bersimpati.Katanya dia bukan chef biasa.Dia biasa menjelajah dunia demi memperkenalkan masakan Malaysia ke luar negara,tetapi sampai hati ada yang sanggup mencuri ideanya.Dia sebut nama penulis buku masakan tersebut dan saya rasa saya juga kenalkan akan nama itu.Maklumlah pengumpul setia buku resepi.
Tiba-tiba saya teringat E-novel saya.Saya menghadiahkan e-novel saya untuk tatapan tetamu-tetamu saya yang datang berkunjung ke blog saya.Saya jarang menulis di blog saya kerana saya kurang pandai tentang isu semasa.Hanya E-novel saja yang mampu saya hidangkan.Kalaulah satu hari nanti,e-novel itu di curi kemudian di bukukan,nampaknya saya juga bakal berputih mata.
Seperti kata kawan saya tadi,di dunia kita boleh lepas tapi 'di sana' nanti,pandai-pandailah jawab sendiri.
0 comments:
Post a Comment