Ramai orang bercakap,jangan suka cakap besar,meninggi diri dan jangan suka cakap lepas.Tuhan tu sentiasa mendengar.Apa yang tersebut di mulut kita umpama permintaan sekalipun kita merepek yang bukan-bukan.
Begitulah yang terjadi kepada saya baru-baru ini bila teman lama mengutuk saya terang-terang dan depan-depan.Apa lagi, sebab dah kena batang hidung,buat bodoh ajelah.
Dulu,saya tidak gemar langsung dengan drama Korea.Waktu mula-mula TV3 menyiarkan drama dari negara tersebut,teman-teman sekerja saya sangat ghairah memperkatakannya. Boleh di katakan setiap hari ada saja ulasan dari mereka.Di sebabkan saya ni kuat juga mengutuk maka saya kutuklah habis-habis,sehinggalah satu hari saya melepak di rumah bujang kawan saya.Maklumlah nak lepas tension saya suka melepak rumah anak-anak dara tu.Kawan saya ni serahkan saya satu set CD drama Korea yang bertajuk Winter Sonata.
Saya cakap,
"Mereng betul awak ni,(tak boleh tulis nama dia,nanti makin teruk dia kutuk saya)Sanggup buang duit beratus ringgit..."bebel saya.Tapi CD tu saya bawa balik juga,sebab nak jaga hati dia.
Dari episod satu,berpindah kepada episod dua,akhirnya pukul empat pagi masih tak tidur.
Bermula dari situ saya menggilai drama Korea.Saya tidak beritahu kawan-kawan saya,sebab saya tahu apa yang bakal saya terima lebih teruk dari apa yang pernah saya kutuk.
Tak puas di tv,saya beli pula CD.Banyak jugalah.Jadinya saya terlebih mereng dari kawan saya.
Hanya setahun dua ini saja,saya tak beli CD sebab internet dah ada.
Moral yang boleh kita ambil ialah,jangan suka cakap besar,sebab tak sampai ke manapun.Akhirnya kena juga pada diri sendiri.
Di akhir perbualan kami,saya tanyakan kepada kawan saya kenapa dia begitu berminat dengan drama Korea.
Penjelasannya buat saya berfikir panjang.
Katanya,dalam drama Korea,kalau kisah cintanya buat kita nak bercinta,kalau romantisnya kisah rumah tanggga,buat kita rasa nak berlaki!(dia masih bujang lagi hingga kini,tapi anak dara banyak duit)
"Awak pun kalau buat novel,buat betul-betul.Kalau kisah cinta,buat orang rasa di lamun cinta.
Kalau kisah rumah tangga,buat orang rasa nak berlaki sangat!"
Ceh!Angin saya meresap ke seluruh badan selepas perbualan kami tamat.Bercakap semua orang boleh sebab hanya guna mulut.Cuba buat sebuah buku.Tidak pun buatlah sebuah mini novella.
Apapun berbual dengan dia buat mood saya semuanya lintang pukang.Akhirnya hari itu saya beritahu seisi rumah saya,saya tak ada mood nak masak.Kita makan maggi saja!
Sehingga hari ini,saya masih berfikir,mampukah saya menulis sebuah novel seperti yang di harapkan oleh kawan saya itu.
0 comments:
Post a Comment