Kesedaran ini timbul sebaik sahaja saya membaca N3 kat blog Kak Zara Aluwi tentang betapa susahnya nak nikah sekarang ni. Antara syaratnya ialah, nak surat nikah mak bapak sekali. Masa tu saya pun teringat akan surat nikah saya. Tak salah saya saya melihat surat nikah tersebut tahun 98 hari tu ketika hendak beli rumah. Lepas tu saya tak nampak dah.
Malam tadi adik saya pula telefon, bercerita tentang surat yang sama. Tapi kepentingan surat tu tidaklah sama seperti N3 Kak Zara. Katanya, kalau dulu hanya anak pertama saja kena tunjuk surat nikah waktu nak buat surat beranak, sekarang ni setiap kali beranak mesti tunjuk surat nikah. Adik saya tu ingatkan saya sebab dia faham sangat dengan kakaknya. Pertamanya kakaknya tu malas nak ambil berat tentang benda-benda macam ni. Yang keduanya kakak dia tu cuai, yang ketiganya kakaknya tu pelupa dan sebab lain yang lebih utama ialah, anak-anak kakak dia tu semua perempuan. Jadi dia nak ingatkan, bahawa walaupun sudah dinikahkan secara sah, jangan anggap surat nikah tu tak penting.
2 comments:
QQ, tul tu. Nak tukar sklh anak ni pun kena ada surat nikah...
itulah Sarnia, kena jaga surat nikah ni. jangan buat main-main.
Post a Comment