Bukan sekali dua, kawan2 baik menegur saya tentang blog saya langsung tidak bermatlumat. Mereka kata entah apa2 yang yang saya tempek kat blog saya. Lain tak dak. Balik2 drama Korea, drama Taiwan. Lepas tu tak sudah tempek pelakon kesukaan saya.
"Helo, blog aku, aku punya suka nak tempek benda apa. Kau orang peduli apa!" Itulah jawapan yang saya berikan selalunya.
Mereka juga anggap saya tak tahu perkembangan dunia. Seperti hidup di bawah tempurung! Wah! melampau sangat tu. Tapi bila saya tanya balik salah seorang yang menegur saya tu, kat mana berlangsungnya perlawanan bola sepak piala dunia, terus dia jawab Jerman. Saya dah tak larat nak gelak masa tu. Elok lagi pengetahuan saya yang di bawah tempurung ni.
Bukan saya tidak mahu menulis isu-isu semasa, contohnya isu yang menyedihkan seperti pembuangan bayi yang tidak pernah ada kesudahannya. Hati saya sudah cukup pilu menyaksikan kelaknatan kaum manusia yang setaraf dengan binatang. Jadi saya tidak mahu membiarkan jari jemari saya menyumpah dan mencarut. Saya juga tidak mahu menyentuh isu2 politik, kerana saya tidak mahu membiasakan jari jemari saya mengutuk orang. Orang itu tak betul, orang itu salah. Sedang saya sendiri juga banyak yang tak betul (ayat ini untuk seseorang yang mungkin angin ataupun marah kepada saya ketika ini.Ampun ya, di masa akan datang akak akan menghadkan ketidak betulan akak pada kadar yang paling minima).
Kalau saya tidak menulis tentang isu-isu dunia, bukan bermakna saya tidak tahu apa-apa. Saya masih tahu di mana negara-negara yang berlakunya bencana alam, gempa bumi misalnya dan saya juga tidak ketinggalan tahu presiden negara mana yang maut dalam nahas kapal terbang. Kalau saya tidak menulis soal ugama, bukan bermakna saya tidak sembahyang lima waktu. Oleh itu, janganlah kutuk saya sangat. Kalau setakat tahu Nilai 3 tu kat mana, bila ada jualan murah kat Sogo, tak payahlah nak cakap banyak. Sendiri mau ingatlah!
P/S- kau orang yang mengutuk aku tu, jangan ingat aku tak terasa. Ingat satu perkara. Aku ni penulis novel. Jangan terkejut kalau satu hari nanti kisah kau orang aku kutuk dalam novel aku!
0 comments:
Post a Comment