Ini cerita anak perempuan saya no 2 yang sedang berlajar di tingkatan 2. baru-baru ini kelasnya membuat aktiviti masak nasi lemak, mengikut mata pelajaran kemahiran hidup. Kata anak saya, adalah kawan dia dua orang tu. Mereka campurkan sekali daun pisang ketika msak nasi tersebut, sebabnya mereka tak kenal yang mana satu daun pisang dan juga daun pandan. 14 tahun hidup masih tak kenal akan dua daun tersebut? Agak parah ni. Anak sapalah tu!
Kemudian saya teringat akan anak-anak buah saya yang sebaya Wawa lebih kurang. Emak mertua saya suruh ambil daun kari yang ditanam di hadapan rumah. Tapi yang mereka ambil daun limau purut.
Kesimpulannya sekarang ialah, ajarlah anak-anak kita mengenali tumbuh-tumbuhan asas yang diperlukan dalam kegunaan masakan sehari-sehari. Jangan sampai tak tahu langsung!
daun kari.
daun limau purut.
daun pisang.
daun pandan.
2 comments:
Memang benar Qaseh... budak2 sekarang ada yang tak kenal yang mana satu daun pandan, daun kunyit, daun limau purut dan daun kari.
Anak buah akak, kalau sebut daun limau purut dia tak kenal tapi sebut daun nombor lapan barulah dia kenal.
Macam2 budak2 ni...
tu le kak Zara, sikit2 kenalah ajar jugak. Biar mereka kenal.
Post a Comment