Terima kasih IS...
Rasa terharu sangat-sangat, sehingga menitis air mata ketika menatap pemberian daripada seorang teman dari jauh. Kami tidak pernah bersua muka, tetapi saya rasa sangat rapat dengannya sehingga saya seringkali meluah rasa dengannya dan dia tidak jemu-jemu memberi kata semangat buat saya. Kali pertama dia mengenali saya melalui Daniel, kemudian Harris, Zahrin, dan sekarang Hakim. Walau ada orang menuduh karya saya tidak matang, dia tetap menerima hasil karya saya dengan baik. Dan semangat saya kian berkobar-kobar kerana sokongan kawan seperti dia. Saya akan terus menulis untuk kawan-kawan seperti dia yang saya kenal sebagai IS. Juga tak lupa kepada kawan-kawan lain seperti AS, CINTA, GEE, SHERIE, juga kepada mereka yang sentiasa menyokong saya selama ini.
Buat IS, terima kasih kerana menghadiahkan akak sesuatu yang mengharukan akak. Terima kasih banyak-banyak.
4 comments:
ala kak..terharu pulak baca...apa la sangat hadiah tu..LS
terima kasih banyak2 Is
kak Qaseh...
rasa2nya rantai tu mcm rantai mutiara dari sabah je.
betulke?
Sherie, memangpun. Seorang kawan baik dari sabah yang hadiahkan.
Post a Comment