Seorang adik, masih berlajar. Rajin berYM dengan saya. Dia bertanya macam mana nak tulis novel seperti Lagu Cinta Buatmu. Dia kata dia suka dengan novel tu sebab dia suka dengan Daniel. Jadi sayapun jawablah dengan jawapan ala-ala tak sekolah sikit, saya kata kenalah jatuh cinta dengan Daniel terlebih dahulu. Nasib baik dia tak tanya balik, kalau nak tulis cerita pasal perompak, kenalah jadi perompak dulu?
Sebenarnya, bila orang bertanya soalan begini, saya selalu jawab, tulislah dengan hati dan binalah cerita seperti mana kita inginkan. Jangan sesekali menipu diri sendiri, semata-mata hendak menjadi begitu sempurna pada orang lain. Apa yang paling penting, nikmatilah keseronokan ketika menulis. Jangan kerana takut kepada berapa bintang yang bakal orang lain berikan kepada cerita kita, kita jadi tidak gembira. Ingat satu perkara, kita tidak boleh memuaskan hati semua orang, tetapi teguran-teguran yang jenis membina perlu diberi perhatian selain itu, komen-komen yang jenis pijak sampai mati, seboleh-boleh abaikan sajalah.
0 comments:
Post a Comment