Semalam Encik Z cuti sempena tahun baru. Lepas dia balik dari solat Jumaat, saya ajak mengemaskinikan blog saya. Mulanya dia dah tolong pada malam tahun baru tu, tapi saya tak berapa berkenan. Kali ni kami buat betul-betul. Jadi hasilnya puas jugaklah hati. Lebih-lebih lagi bila gambar kekasih-kekasih sayapun tertempek sama.
Kata Encik Z, jangan gatal lagi nak tukar-tukar. Kalau nak tukarpun tunggu tahun depan. Mak ai, tahun depan? Iye ke tahun depan? Apapun kita tengoklah selama mana rumah baru saya ni boleh bertahan.
2 comments:
Slm kak? Tengok rumah akak saya teingin nak buat rumah secantik rumah akak . rumah saya tu banyak yg perlu diubah ...kalu akak tahu caranya boleh bagi tunjuk ajar pd saya x ...
pearl, insya Allah boleh. Apa salahnya.
Post a Comment