terima kasih cinta
Malam tadi saya berYM dengan seorang teman. Lama kami berYM sampai tak sedar sudah tengah malam. Banyak yang kami bualkan. Sebenarnya dialah teman yang saya cari ketika saya bermasalah. Kenapa ya? Mungkin saya rasa ada keserasian dengan teman seorang ini yang saya layak panggil anak.
Dia pendengar saya yang paling setia. Apa saja yang saya luahkan sentiasa mendapat perhatian. Dia banyak membina kenyakinan saya, banyak memberi dorongan. Saya rasa sangat bertuah kerana mengenali dia. Tinggal lagi, mungkin juga saya ini jenis yang tak tahu untuk menghargai. Selama ini belum pernah saya ucapkan terima kasih kepadanya. Dan hari ini, dengan sepenuh hati, saya ingin ucapkan terima kasih yang tidak terhingga diatas kata-kata semangat yang diberikan. Terima kasih Cinta!
2 comments:
alamak akak nie...teharu lak saya..
Akak pun sma selalu dgr apa yg saya cakap..Tak de apa lah kak..saya cakap apa yg perlu je..Apa guna kawan klu tak boleh jadi pendengar...Saya pun nak ucap terima kasih kat akak sebab sudi berkongsi masalah dengan saya
iyalah cinta, apa guna kita sebagai kawan kalau tidak saling mendengar. terima kasih banyak2 sebab sudi terima akak sebagai kawan.
Post a Comment