DALAM INGATAN KASIH TERCIPTA
Umaira, kalau batu kolam tu retak, jangan saman akak tau.
kenangan berhampiran kolam Umaira.
Kenangan terindah.
Asalnya hanya suka-suka. Tak sangka menjadi. Selepas saja lepak di Amcorp Mall,saya dan Sarnia tak tahu nak lepak mana. Tiba-tiba kami teringatkan Umaira, jadi dengan rasa tak malunya saya suruh Sarnia hubungi Umaira. Kebetulan Umaira ada di rumah. Menjadilah hajat yang tak terancang.
Kami bergerak dengan teksi dari Amcorp Mall menuju perhentian Komuter Kg Dato Harun. Lama juga kami menunggu komuter, mungkin hari tu komuter tu terkejut sebab Sarnia nak naik, jadi tayarnya terpancitlah.
Umaira menjemput kami di perhetian komuter Batu 3. Jujur saya cakap Umaira adalah pemandu wanita ketiga yang saya pernah tumpang. Pertama Kak Long, uminya Danish dan Darwisy, kedua Along jugak merangkap ketua saya, ketiga Umaira. Tak ada bezanya mereka bertiga. Sama saja!
Tak sangka Umaira sudah sediakan laksa yang sangat sedap. Sampai bertambah-tambah makan. Sambil tu berborak sakan sampai tak ingat nak balik rumah. Mujur Encik Z begitu faham dengan saya. Saya kalau dah terlepas, memang tak ingat rumah. Lebih-lebih kalau jumpa kawan-kawan yang satu kepala dengan saya. Makin lupa diri.
Apapun hari itu sangat menggembirakan saya. Buat Sarnia dan Umaira, terima kasih kerana sudi terima saya sebagai kawan. Saya harap dimasa-masa akan datang hubungan kita akan kekal begini.
4 comments:
Salam K.Qaseh,
Saya lebih rela kolam retak daripada hubungan retak. Huhuhu...nak tahu jugak, akak rasa saya ni pemandu wanita yang macam mana? Brutal ke? Apa pun....thanks kerana kenangan manis yang tercipta. Akan datang, jangan serik ke pondok saya lagi :)
umaira, brutal habis. sama macam Along. Insya Allah lain kali kalau ada kesempatan, akak akan berkunjung juga. terima kasih diatas layanan yang cukup istimewa.
Qaseh... kita kan skuad terjah, hehehe
sarnia, sebab orang lain tak berani nak terjah, melainkan kita.
Post a Comment