Suami saya selalu berpesan kepada saya, kalau nak buat kerja menulis, jangan buat pada komputer yang bersambung dengan internet. Takut nanti kena serang virus. Tapi saya buat pekak. Langsung tak dengar nasihat. Saya sedar saya memang begitu. Bodoh tak boleh diajar. Bila semua fail saya hilang, baru saya sedar, sesekali kena juga dengar nasihat suami.
Selepas kes fail saya hilang, beberapa hari juga saya ditimpa perasaan. Bak orang kata nak menangis dah tak boleh. Bayangkan sebuah manuskrip yang sudah siap diolah, bersama beberapa lagi yang masih dalam proses untuk disiapkan hilang begitu saja. Rasa kecewa tahap gila. Mujur tak sempat gila.
Namun, semua terubat bila dua hari lepas, suami saya beritahu saya semua fail saya sudah diselamatkan. Bagaimana semua fail itu diselamatkan, saya sendiri tidak tahu. Itu kerja suami saya.
Selama ini, suami saya tak pernah ambil tahu kerja saya sebagai penulis. Apa yang saya tulis, bagaimana saya menulis, langsung dia tidak tahu. Kadang-kadang juga bila ilham saya mencurah, saya abaikan segalanya termasuk urusan rumah tangga. Namun tak pernah pula dia melenting marah. Paling tidakpun dia merungut kerana rumah macam tongkang pecah. Bila saya ketandusan ilham, dia sedia membawa saya ke tempat-tempat yang saya suka sekalipun tempat-tempat yang selalu benar kami kunjungi. Saya sedar begitulah cara dia menyokong kerjaya saya sebagai seorang penulis selama ini. Sumbangan beliau dalam saya meneruskan kerjaya sangat besar. Untuk itu Untuk Encik Z, terima kasih.
2 comments:
wah bestlah dah dapat balik harta yang hilang tu...
Rehal, nasib baik masih berpihak kepada akak. Mungkin sekadar main nyorok2 dengan akak. Nak ingatkan akak, kalau tak pandai baik bertanya dan berlajar hingga tamat.
Post a Comment