Hari ini saya berjaya menjejaki seorang bekas teman lama saya sewaktu dibangku sekolah dahulu. Hampir 20 tahun lebih kami tak bertemu. Keinginan saya untuk mencari teman-teman lama timbul sebaik sahaja saya memulakan manuskrip awal remaja saya. Saya buka semula album gambar yang menyimpan gambar-gambar diwaktu zaman persekolahan. Konon-kononnya untuk mewujudkan mood menulis. Tetapi kebanyakkan teman-teman sekolah saya susah untuk dihubungi memandangkan sudah terlalu lama zaman persekolahan kami tinggalkan. Masing-masing sudah punya kehidupan sendiri.
Pagi tadi, entah kenapa rajin pula jari saya menaip nama-nama bekas teman-teman saya di laman Google. Dan akhirnya saya terjumpa dengan satu nama. Saya kenal benar dengan nama tersebut lalu saya kirimkan e-mail saya. Berjaya dihantar dan saya menunggu balasannya.
Akhirnya tengahari tadi saya menerima balasan e-mail dari dia. Terkejut, kerana dia masih mengingati saya. Dari apa yang saya lihat, sekarang ini dia sudah menjadi seorang usahawan yang sangat berjaya. Tahniah saya ucapkan.
0 comments:
Post a Comment