Saya untukkan juga masa, sekalipun agak payah kerana buat saya majlis ini begitu bermakna. Memiliki nilai kenangan yang tersendiri. Lebih-lebih lagi, novel Dengan Sepenuh Hati, sebahagian kisahnya berkisar alam persekolahan yang tidak lari dari kenakalan serta pengaruh persekolahan.
Namun yang menduka citakan saya ialah kehadiran bekas pelajar dan guru diluar sangkaan saya. Boleh dikira dengan jari. Wahai bekas-bekas pelajar Sek Men. Kebangsaan Trolak, siapapun anda hari ini, anda juga bermula dari sini. Jadi, apalah salahnya anda meluangkan sedikit masa untuk perjumpaan yang julung-julung diadakan. Kita sudah tinggalkan alam persekolahan hampir 21 tahun, rasanya tidak rugi untuk anda menyokong usaha murni ini.
Jookaplee, Rosda, Rabina, Lafi Natrah, Amir Hamdan, Azman Hamzah, Rahayu Yusof, ketiga-tiga Hamiza, Rozima, Uji, Zanarita, Shamsuddin, Jaafar(Apai), Azizah Hasyim (sekadar menulis beberapa nama) di manakah anda semua ketika ini? Tidak rindukah zaman persekolahan kita yang penuh dengan keceriaan. Apapun saya doakan anda semua berada dalam lingkungan kebahagiaan yang berpanjangan.
semua yang duduk adalah pelajar paling awal,(1983-1987)
Sebahagian bekas-bekas pelajar yang seangkatan dengan saya. Khabarnya ada yang bakal menerima menantu tidak lama lagi. Aduhai, sudah berusia rupanya kita.
Dia memberi sumbangan yang sangat besar buat saya.
laluan utama, yang ada dalam novel, Dengan Sepenuh Hati.
6 comments:
Soriii lah semua tak dapat hadir hari tu.. lain kali insyaallah datang.. kalau dipanjangkan umur... alamak makwe lama pun ade.. sri.. boleh buat novel satu...
joo, siapa mak we lama awak? wah, romeo jugak awak ni ya. lupa nak beritahu, watak Fahmy dalam Dengan Sepenuh Hati, sebenarnya saya bayangkan awak. jangan marah!
Seronoknya melihat muka-muka mereka yang hadir di Majlis pertama Alumni SMK Trolak. Teringin nak turut serta tapi ada perkara lebih penting perlu diutamakan. Semoga perjumpaan akan datang kita dapat bersama.
Ily Trolak. Kenangan kekal sebagai kenangan dan menjadi sebutan ingatan bila terkenang. sesekali kita perlu juga menoleh dimana tempat kita bermula. semuga Ily trolak bahagia selalu.
pelajat tahun bila. saya tahun 1983-1987.
Bila lagi ada majlis seperti ini? kalau ada, insyallah boleh join..
assalamualaikum...ada lagi ke majlis seperti ini?
Post a Comment