Lagu cinta buatmu masuk cetakan kedua.
Sinopsis.
Dalam menanti saat bahagia, tunang Daniel, Nadia mengambil keputusan untuk membatalkan perkahwinan mereka. Demi menyelamatkan maruah keluarga, Daniel terpaksa mencari jalan untuk meneruskan juga perkahwinan itu.
Anis terpaksa menjadi 'pak sanggup' apabila terpaksa menjadi pengganti pengantin perempuan buat Daniel. Demi sayangkan ibu tirinya, Anis akur.
Dua minggu usia perkahwinan mereka, masih tiada siapa yang ingin memulakan bicara. Sikap Daniel yang dingin menggusarkan hati Anis. Tidak tahu status sebenar dirinya. sehinggalah satu kejadian yang memalukan Anis berlaku. Bermulalah detik perkenalan antara Daniel dan Anis.
Sikap Daniel yang dingin dan serius kian berubah dari hari ke hari. Bibit-bibit cinta kian bercambah dalam diri masing-masing. Namun kemunculan Nadia menguji kesetiaan perhubungan mereka. Menguji tahap kejujuran dan tahap kasih sayang yang mereka bina.
Berjayakah Anis mempertahankan haknya? Berjayakah Daniel mempertahankan cintanya? Benarkah lagu cinta telah bernada di hati mereka?
15 comments:
salam kak..
tahniah ye...
Daniel dengan Anis dah cetakan ke 2...
cinta, terima kasih.
congratulation, keep it up :)
terima kasih Umaira, yang akak harap sekadar nangka, rupanya yang datang durian tembaga. sungguh tak sangka! syukur Alhamdulillah! sesungguhnya hanya Allah yang maha mengetauhi. yang susah dan yang payah sudah akak tempuhi. harap2 perjalanan kita seterusnya di permudahkan.
wahwahwah...
tahniah ye kakak LCB msuk 2nd print... best2! :-)
terima kasih Hanny
tahniah... smoga trus bjaya
Terima kasih Rehal
saye da bli novel LCB..mmg besh gler..sempoi jer..hrp akak dpt m'hasilkn novel camni lg!!congrats kak..~
salam izatisol, terima kasih kerana sudi baca LCBm.Insya Allah, novel akak akan datang mungkin kekal begitu. Sempoi sesempoinya...
harap ada yang suka.
salam izatisol, terima kasih kerana sudi baca LCBm.Insya Allah, novel akak akan datang mungkin kekal begitu. Sempoi sesempoinya...
harap ada yang suka.
novel ni mmg best...wat sy imiginasi taim bc...hehe..gud luck 4 de next level...muahx..
Terima kasih sang ratu, sekadar buah tangan yang tak seberapa.
salam .
OMG !!!
x sangka akn jumpa penulis yg
menulis LAGU CINTA BUATMU
novel itu my fav no1
tulah novel terbaik yg syer pnh bcew
bler syer bcer
seolah2 syer yg melalui
sgale prasaan dan masala yg dsmpaikan dlm cter , i dpt fhm
wow, wow ,
LAGU CINTA BUATMU ,
byk kali syer bcew ,
haha
my fav book!
Salam Ilham. Terima kasih kerana sudi membaca LCBm. Cerita biasa2 je. Harap Ilham masih sudi menyokong akak di masa akan datang
Post a Comment