Semalam 12hb, saya dan Encik Z ke Muar kerana ayah mertua adik saya meninggal dunia. Walaupun agak jauh, saya nak pergi jugak sebab masa arwah emak dan ayah saya meninggal mereka sekeluarga juga sanggup datang. Bagi saya yang kesedihan, sangat-sangat terharu bila di kunjungi oleh mereka. Saya harap juga, dengan kehadiran saya dapat memberi sedikit kegembiraan buat mereka. Ternyata perasaan saya tepat, kerana bila saya berjumpa dengan emak mertua adik saya yang sedang berdedih,dia tersenyum melihat saya dan melahirkan rasa terharunya kerana kehadirannya saya. Baru saya sedar betapa bermaknanya kehadiran seseorang di waktu kita bersedih.
Selepas selesai upacara pengkebumian, saya dan Encik Z terus pulang. Tetapi saya sebenarnya nak ke Tangkak. Kata orang Tangkak adalah syurga kain pasang. Kata oranglah, tetapi kata saya lebih baiklah ke Nagoya.
Tengah pusing-pusing, perutpun mengedik lapar. Kami singgah di satu gerai makan yang betul-betul terletak bersebelahan pejabat pos Tangkak.
Saya teringin nak makan mee bandung, jadi saya order mee bandung. Sementara menunggu pesanan saya siap, Encik Z perkenalkan saya dengan satu jenis makanan. Tempe goreng yang di makan dengan sambal kicap.Biar betul Encik Z ni. Dahlah saya tak suka tempe. Tapi di sebabkan suami yang paksa saya cuba, saya cubalah. Rasanya bolehlah. Tapi yang saya pelik, bukan saja tempe di makan dengan sambal kicap bahkan pisang goreng juga. Rupanya lain tempat lain pula caranya.
0 comments:
Post a Comment