Kata tak nak ke mana-mana. Ada kerja yang perlu di selesai kononnya. Sibukpun tahap gila. Tapi entah macam mana tiba-tiba saja petang Jumaat tu saya suruh anak-anak berkemas. Kita pergi Cameron Highlands, beritahu saya. Agaknya dah sebut tak ke mana-mana awalnya, jadi di bawa berjalan bagai satu peluang untuk keluar rumah. Maka tak adalah yang berani membantah seperti sebelumnya. Encik Zul pun tak banyak kisah kali ini. Selalunya dia paling banyak merungut. Apa yang ada di sana? Soalnya selalu.
Kenapa saya memilih Cameron Highlands? Pertama sebab saya suka. Yang keduanya untuk mencari bahan untuk novel saya yang terbaru. Nampaknya Cameron Highlands masih tidak mengecewakan saya. Banyak bahan yang dapat saya kumpulkan. Saya berharap mood untuk menulis akan berjalan lancar sebaik sahaja saya selesaikan kerja yang saya sedang usahakan sekarang ini.
Cameron Highlands tetap indah di mata saya. Suasananya masih romantis. Udaranya masih segar. Namun ada yang menyedihkan saya. Sejuknya sudah tidak sesejuk dahulu. Itu yang saya terasa sangat-sangat
0 comments:
Post a Comment