kata tok guru saya
Salah seorang tok guru saya ada beritahu saya, dalam banyak-banyak watak dalam sesebuah novel, watak 'aku' paling payah di olah. Waktu dia bercakap hari tu, saya dengar dari telinga kanan dan tak semena-mena terkeluar pula dari telinga kiri. Maknanya saya tak ambil berat. Tidakpun saya masil degil. Bila watak itu menjadi 'aku' rupanya kita sudah tersekat dengan satu perasaan saja. Dan itulah yang saya rasa apabila menulis e-novel saya. Mujur juga e-novel saya ada pengikutnya, kalau tidak, sia-sialah saya bersusah payah mengusai perasaan 'aku'. Untuk semua pengunjung-pengunjung e-novel saya terima kasih banyak-banyak kerana masih menyokong. Dari masa ke semasa saya akan mengolah semula semua episod sekiranya ada waktu, jadi selain dari mengikuti episod seterusnya sudi-sudikanlah menjenguk episod-episod lama. Ada juga pengunjung-pengunjung setia yang menyarankan saya bukukan e-novel ini, terima kasih juga kerana memberi semangat ini. Insya Allah, nanti saya akan usahakan. Apapun sokongan anda semua amat-amat saya hargai. Terima kasih banyak-banyak. Dan untuk tok guru saya itu, terima kasih kerana menyedarkan saya akan sesuatu. Petang ini baru saya tersedar bila saya rasa amat payah sekarang ini.
0 comments:
Post a Comment