Hari ini, pukul sembilan pagi turun bawah. Ingat nak beli ikan, tapi terbeli ayam. Nak naik masih awal lagi, jadi lepaklah dulu dengan kaum ibu. Mula-mula dengar cerita ada jualan murah kat Sogo, mulalah hati macam di garu-garu. Bukan susahpun nak pergi, maklumlah komuter depan rumah. Yang jadi masalahnya kalau sudah terpergi, yang rabak nanti bukan sepuluh dua, mahu seratus dua. Yang mengajak juga bukan main lagi, macam Sogo tu bapak dia orang yang punya!
Lepas tu keluar pulak cerita tentang diet. Maklumlah masing-masing nak jaga badan. Kebetulan pula yang ada menjual pakaian yang boleh menurunkan berat badan. Masing-masing pakat mengorder. Saya tengokkan saja. Malas nak perleceh bisnes orang. Arwah mak pernah pesan, tak apa tak baik tapi jangan menyekat rezeki orang. Kalau di buat jugak, nanti Tuhan balas berlipat ganda.
Selepas tu macam-macam cerita keluar. Yang banyak cerita lawak. Sampai sakit pipi saya menahan ketawa. Gelak punya gelak, tengok jam dah pukul 12 tengahari. Masa itulah saya seperti terdengar-dengar Wawa panggil saya. Agaknya kalau tak pakai jam, pukul tigapun tak sedar lagi.
Saya terus naik,kalau di layan takut saya terlepas ke Sogo pulak.
0 comments:
Post a Comment