Saya merancang membawa keluarga saya sekali lagi ke Cameron Highlands demi kerana mencari mood menulis. Rasa tidak adil terhadap anak-anak dan suami kerana terpaksa mengikut kehendak saya. Tapi apa boleh buat. Nasib mereka beremakkan seorang penulis! Sekalipun ada yang berbunyi tetapi semakin menghampiri hari yang dijanjikan, saya melihat semangat anak-anak saya semakin berkobar sehingga sebentar tadi saya diminta menjadi saksi pada sekeping surat perjanjian.
Berikut adalah surat perjanjian tersebut.
SURAT PERJANJIAN!!
Dengan ini, saya Nor Yasmin Suraya binti Zulkarnain hendak membuat perjanjian. Pada malam ini dan besok akan diadakan pertandingan. Pesertanya ialah, Nor Yasmin Suraya & Zarith Erisha. Peraturannya ada dibelakang kertas ini. Pemenangnya akan diberikan bilik tidur no.2 di Cameron Highland di Puncak Arabella. Manakala peserta yang kalah mesti berundur ke tempat lain.
Dengan ini surat perjanjian akan menjadi bukti kepada pertandingan ini. Kepada peserta yang kalah, jangan nak merengek, menangis, mengamuk macam orang gila. Kalau dah kalah, kalahlah.Jadi kalau pemenangnya menang, hadiahnya adalah bilik no.2 Puncak Arabella. Jadi hadiah ini tidak boleh diberi kepada peserta yang kalah. Surat perjanjian ini tiada kena mengena dengan hakim atau polis kerajaan.
T.Tangan Peserta,
(Zarith Erisha)
T.Tangan Peserta,
(Nor Yasmin Suraya)
Syarat-syarat pertandingan
1)Peserta pertama haruslah tidur di bilik Kak Nyah berseorangan tanpa membuka lampu.
2)Pintu bilik juga harus ditutup.
3)Peserta pertama harus tidur di bilik Kak Nyah pada 13.12.09.
4)Jika peserta pertama gagal untuk tido di bilik kak nyah berseorangan, perserta itu sudah dianggap kalah.
5)Manakala peserta kedua harus tidur di bilik sendiri pada 14.12.09.
6)Syaratnya sama juga pada syarat no.1,no.2& no.3
7)Kepada pserta yang kalah tidak boleh tido di bilik no.2 di Puncak Arabella, mana kala peserta yang menang akan tidur di bilik no.2 di Puncak Arabella.
8)Jika keputusannya seri, kedua-dua peserta akan tidur di bilok no.2 di Puncak Arabella bersama.
9)Peserta yang kalah tidak boleh merengek, menangis, mengamuk dan lain-lain.
10)Surat ini tiada kena mengena dengan hakim dan polis.
Begitulah surat perjanjian yang saya dipaksa menjadi saksi.
pertandingan ini diadakan kerana masing-masing berebut untuk tidur di bilik no.2 di Puncak Arabella.
Pertandiangan ini sebenarnya berat sebelah tetapi Zarith Erisha tidak menyedarinya.
Bayangkan, pertandingannya hanyalah tidur di bilik kak nyah bersendirian. kalau Zarith Erisha boleh berfikir, mungkin dia akan menolak pertandingan ini, kerana dah jelas-jelas kak nyah(Yasmin) akan menang. Kerana itu bilik dia. Memang dia yang tidur dalam bilik tu setiap malam. Tetapi sebagai saksi,saya ingin melihat sejauh mana ketelusan perjanjian ini.
2 comments:
hehehe... lawak tu budak tu.
sarnia,peserta pertama dah kalah
Post a Comment