
sawah padi bukan gambaran sebenar.
Hari Jumaat, sebaik sahaja suami serta abang-abang ipar serta biras saya selesai solat Jumaat, kami semua merancang untuk ke kampung kelahiran mertua saya di Telok Bakong, Lambor. Cadangnya hanya untuk memungut buah durian yang tinggal hujung-hujung serta buah langsat yang sedang ranum di pokok.
Awal-awal saya dah keluarkan arahan, kita tak pergi beraya rumah orang. Kita pergi dusun saja sebabnya saya malas nak pakai baju kurung.
Suami serta abang ipar saya kata 'okey'. Jadi tak perlulah saya bersiap ala-ala mak datin. Cukuplah berpakaian seperti nyonya jual sayur.
Setiba saja di dusun milik ayah mertua saya, masing-masing bertebaran. Suami saya terus mencari buah durian begitu juga abang ipar serta biras lelaki saya. Sementara kaum anak-anak terus menerpa petak sawah yang terletak bersebelahan dusun.
Awalnya masing-masng hanya melihat anak-anak ikan berenang-renang, termasuklah saya.
Makin ditengok, makin tergoda tetapi mustahil pula boleh ditangkap dengan tangan saja. Kemudian saya terfikir ada penapis di dalam pondok. Dengan menggunakan penapis tersebut, saya terus turun ke dalam air. Bila anak saya tengok saya dah mula main air, maka mereka pun tak fikir panjang lagi. Masing-masing ikut serta. Begitu juga dengan anak-anak saudara saya yang lain. Semua pakat turun main air sawah.
Sukar untuk saya gambarkan perasaan saya ketika itu. Seolah-olah rasa terkilan yang saya tanggung kebelakangan ini beransur pergi. Seketika saya dapat melupakan segalanya.
Perasaan ketika berjaya menangkap ikan itu sangat istimewa. Rasa kembali ke zaman kanak-kanak yang tak perlu fikirkan apa-apa.
Sesekali, saya fikir, eloklah saya menikmati suasana begitu. Bermain dengan lumpur juga mampu merawat perasaan rupanya.
2 comments:
sblm tu, ayat wajib...
akak, sya ni... :P
wah3 nyonya bkubang dlm sawah yer... bla nk byk sya sma ni? bkn bkabang lg, siap kuak lentang lg sya bt kak :P
salam Rehal, memang best, susah nak huraikan dengan kata2, sayang terlupa nak ambil gambar.
Post a Comment