Akan datang- FP JUNIOR
Teman baik saya iaitu Sarnia Yahya yang mengkhabarkan berita gembira ini. Ketika menatap covernya, saya tergamam sama seperti setiap kali saya melihat cover novel saya yang lain. Dan tentu saja air mata mengalir kerana terlalu gembira.
Kerana Siti Munirah, benar-benar menguji kemampuan saya sebagai penulis. Waktu menulisnya, saya seperti menulis di dalam sebuah bilik dan mata asyik melihat papan hitam dihadapan saya. Ada garis panduan yang perlu saya beri perhatian. Saya rasakan tangung jawab saya sangat besar ketika menghasilkan novel awal remaja ini. Mungkin kerana apa yang saya tulis bakal mempengaruhi jiwa yang masih terlalu muda. Namun saya berharap sedikit tidak novel awal remaja ini bakal diterima dan ada sedikit pengajaran yang akan diberi perhatian.
Buat editor Kerana Siti Munirah, apa lagi yang dapat saya ucapkan selain ucapan terima kasih yang tidak terhingga diatas tunjuk ajar serta teguran yang sangat membina.
Juga buat pelukis cover, terima kasih diatas kerja hebat anda.
Tak lupa kepada semua yang terlibat sehingga terhasilnya Kerana Siti Munirah, terima kasih semua. Saya sangat-sangat menghargainya.
10 comments:
TAHNIAH QQ...
tahniah kak Qaseh...:)
sarnia dan ezi, terima kasih kerana sudi berkongsi gembira
tahniah kak...
akak, sya ni...
tahniah! bdk pompuan tu gmbar akak msa mda rmja dlu erk? hu3
smoga trus sukses...
Hafirda,terima kasih
Rehal, akak ni, macam tahu2 je itu akak, terima kasih atas ucapan.
tahniah.. :-)
hehe..
tahniah!!
smoga kita semua dpt lagi mengharumkan nama FP.. :-)
terima kasih Hanny, betul tu, sama2lah kita mengharumkan nama FP
Post a Comment