Untuk semua tetamu-tetamu blog saya yang dah jemu tengok gambar dalam blog saya. N3 ni saya ambil dari blog kawan saya Sarnia Yahya. Saya betul-betul sukakan N3 ni, jadi saya nak berkongsi dengan anda semua.
Cerita 1- bos dan drivernya.
seorang pemandu yang berboskan orang putih dari Amerika sedang membawa bosnya, tiba-tiba kereta di hadapan mereka berhenti mengejut menyebabkan dia telah menyodok kereta tersebut. Pemandu kereta tersebutpun meminta maaf dari bosnya.
Pemandu: Sorry bos, i brake-brake, do not eat. After i check the wheel no flower again.( Maaf bos, saya brake-brake, tak makan. Selepas saya check, tayarnya tak ada bunga lagi)
Orang putih tupun mahu keluar untuk memarahi pemandu kereta tetapi dihalang oleh pemandu. Kata pemandu tersebut.
Pemandu: Don't enter mix bos, the bring that car if not wrong i, is the children fruit from manager money's, he stupid does't play! Let he taste! (Jangan masuk campur bos. Yang bawa kereta tu kalau tak salah saya anak buah dari pengurus kewangan, dia memang bodoh bukan main. Biar dia rasa!)
Besoknya si pemandu tak masuk kerja, lusanya bila dia masuk kerja si bos orang putihpun bertanya.
Bos: Why didn't you come work?
Pwmandu: I am sorry bos, my body is not delicious my body taste like enter the wind.
(Maaf bos, badan saya tidak sedap. Badan saya rasanya mula masuk angin)
Cerita 2- Surat putus cinta(versi English)
Timah ingin putuskan hubungan dengan boyfriend orang putihnya melalui surat. Suratnya berbunyi begini.
Hi, my motive write dis letter to giv know u something. I want to CUT CONNECTION us. I saw u PLAY WOOD THREE in front my eyes. So i break connection to FULL MY BODY from dis luv. I hav think about dis very COOK-COOK. I know i CLAP 1 HAND only. I dont trust u again! You are really CROCODILE LAND! I dont want u PLAY-PLAY with my LIVER. I hav been crying until no more eye water. I dont BANANA TO FRUIT 2 TIMES. SAFE WALK!
The true,
TIMAH.
Terjemahan perkataan huruf besar.
CUT CONNECTION-PUTUS HUBUNGAN
PLAY WOOD THREE-MAIN KAYU TIGA
FULL MY BODY-TARIK DIRI
COOK-COOK-MASAK-MASAK.
CLAP 1 HAND-TEPUK SEBELAH TANGAN
CROCODILE LAND-BUAYA DARAT
PLAY-PLAY- MAIN-MAIN.
LIVER-HATI
BANANA TO FRUIT 2 TIMES- PISANG BERBUAH 2 KALI.
SAFE WALK- SELAMAT JALAN!
Anda ketawa dengan apa yang saya tulis di sini? Ketawalah sepuasnya, kerana selepas itu anda baru sedar bahawa anda sebenarnya mentertawakan diri sendiri. Sebagai seorang penulis novel berbahasa Melayu, sesungguhnya saya juga memainkan peranan yang sangat penting untuk memertabatkan bahasa Melayu kita, tetapi dalam masa yang sama, kita tidak boleh terlepas pandang akan bahasa orang lain.
0 comments:
Post a Comment