SELAMAT HARI LAHIR, ENCIK Z
Saya terlupa. Betul-betul terlupa tentang hari ini. Selepas solat subuh saya terus mengadap komputer. Tiba-tiba Encik Z datang kepada saya sambil berdiri dan melihat saya.
"Apa?" tanya saya.
"Lupa lah tu.." katanya.
"Apa?" tanya saya lagi.
"Tak apalah..." Encik Z macam merajuk.
Baru saya teringat hari ini 19 hb. Hari lahir dia. Ya Allah, macam mana saya boleh terlupa. Selama 17 tahun saya mengenali dia, inilah julung-julung kalinya saya terlupa hari lahirnya. Apakah ini petanda saya benar-benar sudah tua? Tetapi rasanya tidak. Saya benar-benar sibuk minggu ini. Semuanya terabai.
Untuk suami tersayang, selamat hari lahir. Panjang umur, murah rezeki. Jangan umur saja yang betambah. Harap-harap perkara lain juga bertambah. Tetapi kalau tersebut nak tambah lagi satu, abang nahas dengan saya. Sesungguhnya mengenali diri abang, adalah perkara paling indah dalam hidup saya. Semoga perjalanan hidup kita sentiasa tenang selalu.
4 comments:
selamat hari jadi gak saya ucapan kan.semoga berbahagia sehingga ke anak cucu dan sehingga akhir hayat :)
terima kasih cinta, di atas ucapan tu, nanti akak sampaikan pada Encik Z. Sekarang nii dia tak ada kat rumah. Ada operasi.
Encik Z keje apa ye kak?
Encik Z kerja Driver
Post a Comment