lebih kurang
lama benar tak up date. Bukan sengaja tapi sebab terlupa kata kekunci blog ni. Maklum diari dah jatuh bawah katil. Cuti raya cina baru ni encik suami dah bersihkan bawah katil tu. Macam-macam ada, kalau pen saja dah boleh bukak kedai pen. Heheh... Okey, perkembangan terbaru saya, novel terbaru saya bakal keluar sedikit masa sikit. Nak jadi budak-budak muda pulak. sebab novel ni cerita ala-ala budak2 sedang naik. harap masih ada yang sudi nak baca.
selamat tahun baru 2011
Hari ini adalah hari terakhir di dalam tahun 2010. Tahun ini melakar sejarah peribadi buat saya, yang saya rasa sangat bermakna. Tahun ini saya melahirkan 3 buah FP Junior, sebuah novel dewasa, dan Dwilogi Cinta bergandingan dengan penulis Sarnia Yahya. Apakah saya sudah berpuas hati dengan kelahiran novel-novel tersebut? Sebagai seorang penulis, saya masih tidak berpuas hati. Masih banyak kelemahan yang perlu saya beri perhatian. Insya Allah saya akan berusaha untuk memperbaiki setiap kelemahan yang ada.
Untuk tahun 2011, saya akan tumpukan perhatian untuk dua naskah manuskrip sahaja. Pertama untuk novel cinta dan sebuah lagi untuk FP Junior. Bermakna saya akan memberi tumpuan untuk kedua-dua naskah ini dengan sepenuh hati saya. Mudah-mudahan semuanya akan berjalan dengan lancar.
Untuk semua pengujung blog saya, pembaca setia hasil tulisan Qaseh Qaisara, saya ucapkan selamat tahun baru. Semoga kita akan terus berusaha untuk menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik.
Untuk tahun 2011, saya akan tumpukan perhatian untuk dua naskah manuskrip sahaja. Pertama untuk novel cinta dan sebuah lagi untuk FP Junior. Bermakna saya akan memberi tumpuan untuk kedua-dua naskah ini dengan sepenuh hati saya. Mudah-mudahan semuanya akan berjalan dengan lancar.
Untuk semua pengujung blog saya, pembaca setia hasil tulisan Qaseh Qaisara, saya ucapkan selamat tahun baru. Semoga kita akan terus berusaha untuk menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik.
Kini di pasaran - FP Junior Aku Tom Kau Jerry
“Habis kau ingat kau baik sangat? Kalau aku jahat, kau pun sama jahat,” marah Farah Hana sambil mengesat air mata.
“Memang aku tahu aku jahat, tapi aku baik sikit daripada kau. Kau tu jahat tahap gaban. Gaban pun tak jahat macam kau!” balas Nurul.
“Gaban tu sepupu kau ke yang kau kenal sangat tu?” soal Farah Hana kemudian.
“Lah, tanya aku pula. Bukan ke gaban tu sepupu kau?”
Nurul dan Farah Hana, walaupun sekelas, tapi antara mereka tidak pernah sehaluan sehinggakan ada yang menggelar mereka Tom and Jerry. Farah Hana sentiasa menggunakan kelebihannya sebagai pengawas untuk mengenakan Nurul. Tapi Nurul pula menjadikan psikologi sebagai senjata utama sehinggakan tiap apa yang Farah Hana lakukan tidak menjadi. Tapi persoalannya sampai bila mereka harus menyandang gelaran Tom and Jerry? Mampukah mereka berubah?
KINI DI PASARAN- JANGAN PERNAH BERUBAH
Kata orang cinta itu asalnya dari mata. Kemudian, sampai ke hati. Betullah agaknya kata orang itu, sebab dengan mata itulah Hanisha jatuh hati kepada lelaki yang entah siapa-siapa. Kemudian, dia jatuh sayang. Sayang sangat-sangat sampai tak boleh lupa siang dan malam. Mula menyimpan angan-angan yang bukan-bukan.
“Hani fikir, abang semudah itu untuk berubah hati? Hani ingat abang ni boneka yang hanya tahu mengikut kata dan telunjuk orang?”
Bagi Fahrin yang dituduh dengan penyataan yang sama sekali tidak benar, mula memasang angan yang indah-indah apabila emaknya mengutarakan sesuatu yang benar-benar memeranjatkannya. Kalau dah jodoh, larilah ke mana sekalipun, jodoh tetap jodoh.
Benarkah jodoh yang diharapkan akan berkekalan hingga ke akhirnya? Mampukah Hanisha dan Fahrin mengatasi rintangan dan masalah yang menduga? Benarkah tidak akan ada hati yang pernah berubah?